Tuesday, October 20, 2009

Dalam ingatan.............

Semalam, aku dikejutkan dengan berita kematian lagi, dan aku mula tertanya, siapa seterusnya?? Aku atau siapa?? Yang sedihnye walaupun dah lama, aku baru dapat tahu semalam. Al Fatihah untuk Arwah Yusri dan Sani..

Waktu aku kecil dulu aku x pernah ingat apa2 kesedihan berkaitan kematian. Namun sejak pemergian orang2 yang aku kenali, rapat, sayang... aku mulai rasa bahawa itu adalah amaran bahawa setiap manusia wajib bersedia denan kematian..

Sebagai seorang Muslim, aku dah di "program"kan bahawa kematian ini hanya sementara. Andai kita sesama Muslim benar2 beriman kepada Allah (which I think I'm so far behind) Insya Allah kita berjumpa lagi di akhirat.

Dan kerana itu lah sewaktu permergian Tok Menah (mak pada abah aku) aku kurang nangis. Mungkin juga aku kurang rapat dengan atok sebelah abah..Namun pemergian mendiang puo2 menjadi satu tamparan hebat buat aku..

Puo2 pergi pada tanggal 22hb Januari 2009,seminggu sebelum Tahun Baru Cina. Berita kematiannya diterima sewaktu aku membelek2 CD di sebuah kedai di Pasar Dahlia setelah membeli sedikit barang dapur. Aku terduduk dan terdiam. Perasaan bermula dengan penyesalan. Bermacam2 perkara mula bermain di kotak minda ni, dan akhirnya aku menangis dalam perjalanan pulang. Setelah menelefon suamiku, fon aku berdering bertalu2, adik2 sepupu aku menangis2 menanyakan kenapa..kenapa puo2 tak tunggu kami.. Hati mana yang tak sedih...

Puo2 disahkan meninggal akibat serangan jantung. Puo2 pernah kena strok dan serangan kali ini benar2 tidak beri peluang pada puo2 dan juga kami....

Kesal....ya aku kesal.. benar2 kesal... kenapa??

Puo2 teringin makan ikan sembilang masak asam pedas, dia suruh aku masak. Dan aku tidak sempat. Aku niat hendak belikan kain untuk dibuat samfu untuk tahun baru, juga tak sempat, dan paling terkilan.. aku tak dapat bawa pou2 pulang tinggal bersama agar dapat menjaganya. Semua tu puo2 bawa pergi bersamanya tanpa sempat aku melakukan apa2..

Sebelum puo2 pergi anak puo2 yang juga abang pada mak pergi dahulu.Tahun 2005. Sewaktu aku melihat mendiang Uncle Ah Kwang dalam keranda, aku tersentak. Rupanya seperti puo2 yang sedang tidur,tenang. Meninggal terjatuh dalam bilik mandi, juga kerana serangan jantung. Pou2 sehingga kematiannya tidak tahu yang anaknya sudah meninggal. hal itu sengaja dirahsiakan kerana berita sedih dan mengejutkan boleh buat pou2 kena serangan jantung kedua yg membawa maut.

Dan waktu itu aku kata pada diriku aku perlu bersedia akan pemergian puo2 nanti memandangkan puo2 sudah tua. dan aku fikirkan aku sudah ada kekuatan itu. dan sangkaan aku meleset....

Setibanya di Rumah Mayat Kebun Teh, aku terkedu... Puo2 akan dibiar 3 hari Puo2 sebelum dibakar...."Huh... Dibakar??" kenapa tak dikebumikan sahaja... kenapa mesti dibakar.. Kata mak, mak pasrah, kehendak puo2 kerana pou2 tahu harga tanah mahal dan puo2 x suka menyusahkan anak cucu. Hatiku mulai remuk...

Adik saudara ku datang padaku dan kata, cie, diorg "drain-off" darah dalam badan puo2 berbaldi2 sebelum di suntik ubat. Ya Allah bertapa zalimnya tindakkan itu...Pasti puo2 menjerit kesakitan...Aku langsung tak mampu menyekang air mataku. Aku rapatkan diri pada keranda puo2.

Puo2 cantik...itulah first word aku bila nampak puo2 dalam keranda. Puo2 di solek rapi dan diletak sebutir mutiara pada bibirnya. Puo2 berbaju biru cair.Kata Aunty Kwee Huan, kakak mak, dia pilihkan baju dari kain mahal untuk puo2. Di tepi keranda puo2 ada payung. Menurut Uncle Tommy, adik mak, puo2 tak tahan hujan, bimbang hujan di alam sana dan puo2 akan basah. Dan takut nanti pou2 akan kesejukan dan keseorangan.

Kata penjaga rumah mayat puo2 meninggal dalam kebahagiaan kerana puo2 meninggal dalam usia menlangkaui 80 tahun.

Korang nak tak apa aku fikir.. "tempat" puo2... Sudut pandangan Islam dan sudut pandangan saudara2 aku begitu berbeza dan "I was thorn in between". Aku tahu hakikat ke mana kesudahan puo2 aku dan dalam pada masa yang sama, I wish n really wish if apa yang saudara2 aku kata alam yang sememang nya tak ada tu wujud. Paling tidak hanya untuk puo2..Wishful thingking..huh..

Aku bantu adik2 saudara membakar kertas emas dan perak untuk puo2. Salah kah?? Aku langsung tak kisah apa orang nak kata, haram ke apa. Yang penting bagiku adalah niatku. Dan aku berkata dalam hati ..

" Ya Allah sesungguhnya ini adalah kali terakhir aku melihat insan yang melahirkan mak aku yang membolehkan aku melihat dunia ni.Izinkan aku berbuat begitu walapun aku tahu itu sia2 tapi izinkan lah kerana aku mahu legakan hati aku. kerana aku tak tahu apa lagi yang boleh aku lakukan."

Hari pertama dan kedua disitu perasaan sedih.. tapi masing2 masih agak ok. Mungkin kerana ia seperti puo2 masih disitu baring dan tidur..aku pula memeluk keranda puo2 sekali sekala bagi melepas sebak di dada. Wajah puo2 kurenung. Muka puo2 begitu tenang bibirnya bagi tersenyum. Terlintas di fikiran aku waktu itu mana agaknya roh pou2 ketika itu. Apakah diizin Allah untuk dia melihat anak cucu nya. Apakah ada keistimewaan itu Ya Allah kerana dia melahirkan seorang mualaf yg begitu "sayang" padaMu.

Aku sempat melihat upacara "mandikan" dan "beri makan" mayat. Sebenarnya bukan mandi betul2 tapi dengan kertas emas yang di layangkan dari hujung rambut ke hujung kaki. Dan makan pula dilakukan anak dengan menyepit nasi dan "suap" ke mulut puo2. Sepit itu cuma di suakan sahaja pada mulut dan bukannya betul2. Upacra itu cukup buat aku sebak kerana waktu hayatnya aku tak berpeluang pun menyuap puo2 sebagaimana dia menyuap kami adik beradik makan. Aku teringat puo2 sering buat nasi kepal yang digaul ikan untuk aku. Dan aku tak dapat balas budinya..Walau hanya semangkuk ikan sembilang masak asam permintaannya.

Hari ketiga.... hari yang paling mendebarkan buat diriku. Kerana aku tahu ini akan menjadi hari terakhir aku melihat wajah puo2 sebelum kerandanya di paku. Aku juga sedar yang puo2 akan dibakar pada hari itu. Sedaya upaya aku mengumpul kekuatan untuk berdepan semua itu. Pagi2 lagi aku sudah sampai. Kelihatan uncle tommy terbaring tidur keletihan, dan adik2 saudara aku tidak putus2 membakar kertas emas. Aku lantas pergi ke arah puo2 dan memeluk lagi kerandanya. Wajahnya tenang. Waktu itu aku terasa ingin sangat2 menyentuh wajah puo2. Tapi kaca keranda itu menghalang dan aku hanya dapat menyentuh dan membelai kaca itu. Masa bagaikan cemburu pada kami. Rasanya bagai belum puas bersama puo2 tiba2 penjaga rumah mayat itu menurunkan "banner" bertulisan cina yang terletak di kaki keranda dan mengemas segala yang ada. Jantung aku berdebar kencang..Inikan masanya... inikan saatnya aku akan berpisah dengan seorang yang membesarkan zaman kanak2 aku?? Ya Allah.. Hati aku menjerit.. perlahankanlah waktu...

Gambar puo2 kulihat terikat rapi di hadapan kereta pembawa keranda. Aku tahu aku akan menangis teruk. Aku lari dan duduk dibahu jalan, aku menangis semahu2nya. Aku tak mahu adik2 saudara aku nampak dan aku juga tak mahu anak2 ku nampak. Kerana aku tahu andai aku menangis depan mereka pasti mereka akan turut nangis bersama.

Saat itu aku berfikir, hatiku remuk hati mak pasti sama, mak cuba pelawa puo2 masuk Islam. Mak cuba fahamkan puo2 akibatnya jika bukan Islam. Tapi apa kan daya mak. Sedangkan Rasulullah pun tak dapat mengIslamkan ayahanda saudaranya, apa lagi hamba biasa seperti aku dan mak. Segalanya ketentuan Allah. Dia lagi tahu...

Upacara akhir ialah upacara penghormatan terakhir di rumah mayat sebelum dibawa ke Kulai untuk persemadian terakhir. Aku tidak ikut kerana ini upacara menyembah. Detik hatiku waktu itu.. Ya Allah bolehkah aku doakan untuk puo2 aku?

Tiba2 aku dengar 'kali terakhir lihat wajah si mati". Penjaga itu meminta kami melihat wajah puo2 buat kali terakhir sebelum keranda dipaku. Saat itu aku lihat mak memegang tangan Uncle Tommy dan uncle Billy (dua adik mak yang bertahun2 tidak bertegur sapa) "Korang cukup lah ya..cukup dengan perselisihan ni.. mak dah nak pergi, janganlah bergaduh lagi, yang sudah sudah la.. janji depan mak, janji yang korang akan berbaik dan biar mak pergi dengan tenang..." Rayuan mak pada adik2nya membuat semua yang mendengar berderai air mata dan teresak2. Mak juga sempat membuat adik saudara aku yang "nakal" bersumpah depan puo2 untuk tinggalkan "kenakalan"nya.

Keranda puo2 ditutup akhirnya diiringi raungan dan tangisan . Kami kemudiannya disuruh berpaling dari arah keranda agar ia dapat diusung keluar. Kami disuruh jangan lihat keranda selagi ia tidak masuk ke dalam kereta keranda itu.(Salah satu pantang larang). Kemudian kami disuruh berdiri dibelakang kereta pembawa keranda itu. Saat itu aku lihat uncle Tommy dan uncle Billy menjadi teraju kami. Tiba2 aku menangis lagi. "Puo, anak2 puo2 yang selama ini berpaling muka sehingga Tahun Baru Cina pun tidak bersua selama bertahun2, kini ada dibelakang puo2 bersama2 berganding bahu menolak kereta pembawa keranda itu. Puo2 rest in peace... "

Uncle Tommy melaung "Anak2 mak ucapkan selamat jalan pada mak....cucu2 puo2 ucapkan selamat jalan pada puo2" Sampai di simpang kami disuruh naiki kenderaan masing2 dan iringi kereta yang membawa puo2 aku....

Dalam perjalanan ke Taman Peringatan Kulai tempat puo2 bakal disemadikan, aku bagai melekatkan mataku pada kereta pembawa keranda itu. Hati aku sedih sangat. Akhirnya.. puo2 aku pergi jua.. akhirnya puo2 aku tinggalkan kami jua..dan akhinya anak2 puo berbaik jua...Apakah ini kebaikan dalam kesedihan ?

Tiba2 aku lihat kertas putih berterbangan. Tanda puo2 sudah hampir sampai ke tempat pembakaran. Jantung aku berdegup kencang. hatiku berkata "boleh tak aku berhentikan semua ini.. kalau puo2 dibakar, bukankah seksa mayat puo2. Macamana aku nak berhentikan semua ini.. Ini mimpi ke? "

Kereta kami akhirnya membelok ke kanan. Aku lihat tanah perkuburan di kiri dan kanan jalan. Sampai di kawasan parkir, berlaku satu insiden dimana suami aku hampir2 melanggar aku. Syukur dia sempat membrek kecemasan. Dan aku sempat lihat kereta kami hanya 1/2 jengkal lagi hendak sampai ke kaki ku. Ada sesuatu yang berlaku pada suami aku waktu itu.. nanti aku cerita.

Keranda puo2 diusung keluar dari kereta pembawa keranda itu. Seorang sami membaca mentera Budha. Aku dan mak duduk di kerusi yang disediakan sementara suami dan anak2 aku dalam kereta. (atas sebab2 tertentu)

Aku tak dapat tangkap butir kata sami itu. Yang aku tahu tiba2 keranda puo2 di usung masuk kedalam sebuah bilik dan ditutup pintunya. Kami disuruh ke pintu sebelahnya. Bila masuk aku tergamam...aku terkejut dan tanpa dikawal,mulut aku tiba2 saja menjerit puo2... Keranda puo2 di masukkan kedalam tempat pembakaran. Aku lihat api begitu kuat. Seperti menggunakan api tekanan tinggi. Ya Allah seksanya puo2 aku.......

Aku pasrah akan ketentuan itu. Itu pilihan puo2. Aku keluar.. biarlah mereka hendak terus tengok. Aku tak sanggup lagi.. Di luar aku baru sedar yang mak tak pun tengok. Mak tak sanggup. Mak tak sampai hati. Apakan daya mak. Dugaan seorang mualaf...

Aku fikir sudah habis disitu.. aku risau ada "benda" mengikut aku nanti. Jadi aku ke tandas mengambil air sembahyang. Aunty dan adik2 saudara aku bersesak dalam tandas sama menukar pakaian berkabung pada pakaian biasa tanda sudah habis berkabung.

Aku keluar...tiba2..aku terhidu satu bau seperti "sotong bakar". Lutut aku lemah..aku tercangkung di tepi kereta. Bau itu.. bau puo2 aku dibakar...aku menangis lagi..Suami aku menyuruh aku masuk kedalam kereta kerana dia tahu apa yang aku hidukan.Kami di suruh tukang bakar mayat itu pergi makan dahulu. Kerana proses pembakaran itu mengambil masa 3 ke 4 jam. Sewaktu makan aku beritahu mak, aku dah penat. Dan aku rasa aku tak larat lagi untuk tempuh satu pun lagi "pengalaman" seperti ini. Aku minta diri pulang bersama keluargaku.

Aku mengambil masa juga untuk kaburkan memori dan pengalaman itu. Dan dalam proses itu aku sering mimpi puo2 datang padaku.. Selang beberapa hari selepas puo2 disemadikan, Zalee datang menunjukkan gambar2 yang diambil abah semasa 3 hari itu. Dan beberapa gambar terakhir buat aku kembali berair mata..puo2 aku dibakar hingga tinggal debu putih kelabu .... sighhhhhhhhh..........

In Memory.....

KWOK CHAI YEK (1925-2009)

I Love You Puo2...and You are always on my mind......................




Monday, October 5, 2009

Kering....

Selepas updatekan blog aku semalam, aku tiba2 kering idea. Apa lg cerita nak kongsi ye?? Jadi aku pun menggatalkan jari aku "menyelak" uploaded Photo dalam FB member2.

Dalam aku "menyelak" photo Raja Kamariah tiba2 aku terpandang satu wajah yang buat aku flash back situasi di Jalan Meldrun dan jirannya Jalan Wong Ah Fook. Wajah itu adalah, Uncle Raja Khalid beloved daddy of my best friend Raja Kamariah. She must be suprise and wondering apa kena mengena uncle dalam ini cerita?? Kebetulan...

Seperti banyak bandar dikebanyakan kawasan dalam banyak negeri di Malaysia, rata2 ada kawasan "kotor". Dan Jalan Meldrum dan Wong Ah Fook tidak terkecuali.

Aku dibesarkan dengan dikelilingi oleh penagih dadah, pelacuran, kaki2 mabuk, kutu2 rayau dan macam2 lagi. Di jalan Wong Ah Fook dulunya terkenal dengan pelacurnya. Aku tak pernah menyesal dibesarkan dikawasan sedemikian kerana semua itu banyak mengajar aku akan kemanusiaan , hati dan perasaan. Dalam blog lepas aku ada mengatakan bahawa satu2nya kawan Melayu aku hanyalah Halimah Yunos.

Nak dijadikan cerita, waktu tu aku rasa kalau tak silap aku, aku dah pun bersekolah menengah. Entah.. aku tak pasti pulak.. emm.. Apa2 pun suatu hari aku dan..kalau tak silap aku masa tu dengan Dolyna dan Histaza (aku tak pasti juga siapa masa tu dengan aku tapi yang pasti inilah ceritanya) hendak pergi rumah Halimah. Waktu sampai disitu kami ke Seven Eleven bersebelahan tangga menuju rumah Halimah. Setelah itu kami berlegar seketika disitu untuk menikmati apa yang dah di beli.

Tiba2 kami disapa oleh seorang pakcik. "Apa korang buat dekat sini?"
Alamak... siapa lak yang sapa ni..

"Nak ke rumah kawan kat atas ni" jawab kami. Tapi dari air mukanya, dia bgaikan tidak puas hati dengan jawapan itu. Mungkin dalam hatinya terdetik apa ada rumah pelajar di kawasan "kotor". Atau....emm.. Pakcik yang menyapa kami itu adalah AJK PIBG sekolah kami dan ayah kepada kawan kami Raja Kamariah.. huhuhu..

Dulu (darah anak muda) ada perasaan bengang sebab jawapan kami bagaikan menipu sedangkan kami benar2 jujur hendak ke rumah kawan. Namun bila dah besar aku faham yang Uncle menjalankan tanggungjawabnya sebagai AJK PIBG dan sebagai seorang bapa yang mempunyai anak sebaya kami. Kalau tidak, tak akan dia menyapa kami. Dan menanyakan kami.

Uncle tidak salah kerana bila anak remaja berada dikawasan begitu pasti mandatangkan pandangan negatif. Namun uncle, itulah kehidupan lampauku. Sekeliling aku ramai orangnya"kotor". Namun kekotoran itu mengajar kau supaya lebih positif dalam menilai kemanusiaan, Kekotoran itu juga yang telah mendidik aku bahawa semua manusia di bumi Allah punyai sejarah hidup, dan siapa kita untuk menilai mereka, siapa kita untuk menjijik dan hina .

Wajah uncle sering mengingatkan aku agar lebih bertanggungjawab pada anak bangsa kita. Tidak salah menegur andai kita tahu beza salah dan benar. Mana tahu teguran itu mampu mendorong insan yang berniat serong berpatah balik sebelum melangkah sesat.

Terima kasih uncle kerana menyapa kami..walaupun baru dewasa ini aku faham akan makna sapaan itu. Moga uncle dirahmati Allah dan sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta.. Amin.;)

Gambar...

Ok... disebabkan aku x dapat nak scan gambar2 jadi aku snap jer hehe.. Dan bila tengok gambar ni tumpukan pada latar belakang ye.. sebab tu lah tempat aku dibesarkan..

Papan tanda hitam putih tu tertulis "LEE HONG SIN DENTIST" Dan tepi tiang berwarna kuning tu longkang. Dan ada kisahnya.

Ok..kita mula dengan kondisi longkang dulu ok..gllleeiii.....

Air longkangnye hitam2 dan cetek, baunye huhuhu tuhan jer yang tau.... (sebab tu aku hairan mcmana ikan boleh hidup kat situ) Bagi aku longkang depan kedai nenek aku ni "anak" pada Sungai Segget hehehe.. orang JB "piow"(pure) jer yang tau rupa Sungai Segget tu hehehe..

Al kisahnya, masa tu aku dah pun ada adik sorang. Razalee namanya. Cerita ni waktu usianya kalau tak silap aku dah dalam 3 tahun kot.. Nak jadi cerita , satu hari tu dia main2 belakang tiang kuning tu. Belakang tiang kuning tu ada kabel yang sebesar tangan baby. Zalee seronok bergayut disitu sambil perhatikan longkang. Aku pula waktu tu ternampak adik aku bergayut macam tu dan pasti lar aku marah takut terjatuh..

Aku pun pukul tangan dia dan kata " nanti ja...." ...dush... splash..dan warghh.... Alamak Zalee betul2 terjatuh dalam longkang. Cuba perhatikan betul2 dalam gambar tu. tempat aku bergambar tu lagi rendah kan? Bayang kan tinggi mana adik aku tu terjatuh..

Panik masa tu tuhan jer yang tahu.. Aku menjerit panggil "maa..... zalee cing longkou" (mak Zalee masuk longkang) Memang aku nampak waktu tu kepalanya junam dulu. Tapi..

Tiba2 dia bangun dari longkang tu dan berkata.."cie, wo hek longkou sui" (kak, aku minum air longkang) Waktu tu mak datang dan selamatkan Zalee. Aku terkedu jap. Huh ?!! adik aku minum air longkang???? Aku berlari mengekori mak ke dalam kedai. Terus dimandikan dan periksa kepalanya. Ada luka sikit saja. Alhamdulillah... Nasib baik tak "tingtong" huhuhu...

Tapi.. hm..hmm.hmmm... bau dia...huh.. Mak dah cuci dengan sabun bau longkangnye melekat. Mak cuci lagi dengan syampu "Volsene" bau melekat lagi mak cuci dengan "dettol" bau melekat lagi.. wargh... adik aku bau longkang...busyuk tuh.....

Sehingga hari ini kisah Zalee minum air longkang sentiasa buat aku sekeluarga tergelak. Dan antara 3 beradik ni dialah yang paling pandai dan berjaya, alhamdulillah. Aku dan adik bongsuku selalu kata dia pandai sebab minum "air longkang Jalan Meldrum" hahaha....

** Dalam gambar ni, Zalee baru dalam 4 bulan. Yang perempuan tu ex mak saudara aku, Aunty Billion. Tak tau mana dia sekarang. Teringin gak nak jumpa. Dan sebelah aku (belakang aku da..)adik saudara aku Wen Hui.

Wednesday, September 23, 2009

Makan lagi...

Aku suka makan. Dan bagi aku makan yang banyak mengingat aku pada sesuatu memori. Dan makan juga banyak mengajar aku cara masak (maksud aku bila dah teringat sesuatu makanan dan tau makanan tu dah tak ada dijual aku berusaha untuk masak sampai aku dapat rasa yang lebih kurang sama)

Salah satunya, nasi ayam. Dulu kat hujung jalan Meldrum mengadap ke City Square sekarang ni, ada satu restoran. Restoran Sentosa. Aku cukup2 punya suka nasi ayam dia. Pekerja dia seorang abang Melayu. Ayam yang dia jual ada 3 jenis. Ayam steam putih, ayam steam hitam dan roasted. Dan fav aku ayam steam putih dan hitam. Aroma nasi ayam tu sampai sekarang buat aku terkiur..yumm...Bayangkan.... Nasi panas2 yang harum dengan ayam yang juicy dan lembut dan dicurahkan gravy kicap dan sos cili yang pedas2 manis dan masam2 limau sikit.. huhuhu..(ada tak mesin doraemon?? nak pinjam balik ke zaman tu.. huhuhu..)

Dan macamana aku tau masak nasi ayam yang agak sama dengan yang pernah aku makan..(siap jual lagi hehe) Ni ceritanya...mak tau aku memang suka nasi ayam (choosen one jer..) Jadi selalulah mak masak nasi ayam. Ayam dan nasi sedap tapi ada sikit kurengs.. (huhu sorry lar mother..jujur ni...) Tak tersampai "standard" rasa dalam mulut aku yang pernah rasa nasi ayam sentosa yang best tu.Tapi bedall... gak..Jadi bila kau kahwin dengan laki aku ni.. mak mertua aku pulak "terkenal" dikalangan keluarganya selalu hidang nasi ayam masa open house. Tapi cara masaknya amat berbeza. Lebih pada nasi ayam stlye Melayu. Sedap tetapi tak tercapai "standard" "sentosa" tu. Pertama nasinya dibubuh marjerin. Its a "No..no..no.." pas tu ayam yang diperap dengan kicap dan bahan2 rempah digoreng terus. Its a "no..no..no.." again. (Sorry lar ibu.. jujur ni..hehe)

Kerana aku memang suka nasi ayam, aku pun nak try masak sendiri. Dan kebetulan waktu tu aku dah dapat tempat nak berniaga. Tapi boleh ke aku buat..?? Emm.. kena planning kan?? Malam tu.. aku baring2 tiba2 aku terfikir.. emm nasi yang mak masak tu kalau cukup2 airnya supaya lerai tapi lembut, dan ditambah serai lagi best. Ayam..emm..kalau masak cara mak ayam tu di steam aje. Jadi ayam putih. Ibu punya ayam pulak di potong2 dulu, di perap dan terus goreng. Jus ayam tersejat dan jadi kering. Lagi pun ayam jadi hitam belegut macam rentung sebabkan kicap manis (gula hangus masa goreng). Macamana nak buat supaya ayam tu kekal juicy macam ayam steam mak tapi rempah ibu diguna pakai?? Bla.bla.. bla..otak aku berfikir sampai Zzzzz...

Esoknya aku mulakan eksperimen..(kalau nak tau hari eksperimen aku tu adalah hari pertama aku niaga nasi ayam. "ganas" kan? Hahaha)

Eksperimen aku ok tapi tetap tak dapat tepati "standard" yang aku nak. Ayam yang mula2 aku masak di perap bulat2 seekor dan di goreng. Hasilnya ok tapi tak "cantik" kerana aku terlupa akan kesilapan "kicap manis" tu.

Kemudian aku cuba pulak cara lain. Kali ni cara aku. Aku rebus rempah2 ibu dan "mandi rempahkan" ayam tu dalam rempah yang menggelegak. Kemudian aku gantung dan anginkan supaya kering. Kemudian aku "mandi minyakkan" ayam tu. Lepas dah ber SPA didapur(teringat lak drama Spa Q hihihi )..hahaha..hasilnya.. emm..cantik.dan ayam aku crispy di luar dan juicy didalam. Dan semi final testnya.. aku dan suami jadi pelanggan pertama rasa ayam aku huhuhehehe.. Emm.. macam dah pass..

Dalam 3 hari berniaga, aku dah ada pelanggan tetap. Hari2 budak2 bengkel kereta tu datang makan. Ayam 2 ekor jadi 4 ekor. Dan kemudian seorang uncle bangsa Cina. Hari2 datang membeli. Aku masih ingat kata2 uncle tu.." Lu jangan niaga di sini.. pergi bandar sana niaga..lu punya nasi ayam banyak bagus, sini lu tak boleh bangun, keluar dari sini lu boleh jadi lagi bagus" (uncle tu tak tau pun aku tau cakap cina so..terbelit2 dia nak translate dari bahasa cina ke melayu..huhuhu cian dia hehe)

Tapi apakan daya aku.. Modal aku tak cukup untuk aku langkah jauh. Ditambah dengan PHD manusia ni. Hmm..Pernah sekali setelah sekian lama aku tak niaga, aku uji kembali kemampuan diri aku dengan berniaga nasi ayam di bulan Ramadhan. Kali ini di Kuala Lumpur. Walaupun hanya sebulan aku mampu dapatkan pelanggan tetap. Dan Alhamdulillah hari2 habis jualan aku. Dari situ aku tau eksperimen aku dah berjaya..Alhamdlillah.

Terima kasih pada nasi ayam sentosa..inspirasiku.. hehehe.. Still.. aku rindu nak makan nasi ayam Sentosa....

Saturday, September 12, 2009

Makan makan makan .....

Salah satu kenangan aku masa di kedai puo2 adalah.. MAKAN... Yumm.. siapa yang tak suka makan..

Jalan Meldrum dan sekitarnya banyak makanan yang enak2. Bagi aku ia adalah makanan yang di masak seikhlas hati mendahului keuntungan. Dan mungkin kerana itu bagi aku makanan yang pernah aku jamah dulu menjadi kenangan bgi aku dan mengajar lidah aku lebih cerewet.

Sebelum tu aku nak ingatkan bahawa makanan yang pernah aku jamah dahulu tidak pasti halalnya tapi yang aku pasti dulu ia tak di masukkan lemak "babi". Al maklum dulu mak aku yang mualaf ni pun berapa faham akan "yang sepatutnya". (Moga Allah memaafkan mak aku dan kasihani dia sebagaimana dia kasihani aku dulu..amin)
Aku nak mulakan dengan makanan yang aku rasa "the best ever". Ikan steam ala puo2 style... sedap giler...dan ada cerita sebaliknya..

Kerana aku suka sangat ikan steam tu, aku pujuk puo2 untuk beri peluang aku untuk masak sendiri. Waktu tu aku darjah 4. Kebetulan puo2 dan mak sibuk nak kejar siapkan gigi palsu orang. Jadi puo2 pun suruh aku tumbuk halia hingga lumat. Dengan bangganya aku pun ke belakang untuk mulakan "experiment" baru aku..Hehehe.. masa tu bangga tak terkata..ye lah selama ni cuma buat air jer...ni dapat masak.. kira da besar macam mak dan puo2 la konon..

"bok..bok..bok.." (macam tu kot bunyi orang menumbuk pakai lesung..hehe) Masa tu mana lah kedai puo2 tu ada blender.. Huh sambil tumbuk sambil "main2". Lepas tu puo2 suruh perah air halia tu dalam mangkuk.

Hai... sedapnya memerah halia ni..macam perah santan pulak... Dekat 1/2 jam lah aku dok tertenggek buat benda yang sikit tu (main jer lebih hehe..)

Selepas sudah tu, puo2 pun steamkan ikan.( siapa2 yang nak resepi puo2 bagi tau aku ok!) Aku pula...eh apa pasal pulak tangan aku panas aje ni... Aku pun lari pergi ke sinki dan dan cuci tangan aku dengan sabun. Bila tangan terkena air tu..huhh.... lega tapi bila air ditutup aje.. alamak kenapa panas lagi.. makin menjadi2 pulak tu.. Aku pun pergi kat mak dan puo2 yang sedang sibuk meyiapkan gigi palsu orang.

"Ma, kenapa wo (aku) punya tangan panas2 ni??"

" Ni (kau) main apa?".. aku pun fikir apa yang aku main sedangkan tadi aku bersemangat "tolong" puo2 di dapur... Tiba tiba puo2 sampuk..

"Ni tadi perah halia lama heh?"

Alamak..punya lama aku perah tadi baru aku sedar bahawa halia tu kan "pedas" macam cili... Wargh... pijarnya tangan aku.. Kerana itu.... aku merana menahan pijar untuk seketika (lama juga tau..huhuhu)

Sebenarnya sampai sekarang memori tu pasti buat aku tersenyum setiap kali buat "ikan steam alar puo2"

Ok.. sekarang kita keluar dari kedai..

Tiap petang dalam pukul 4, pasti akan ada seorang puo2 tua ( bukan puo2 aku..orang lain..) tumpang berniaga depan kedai puo2. Puo2 tua tu buta sebelah mata. Badan dia kecik. Rasanya size badan aku darjah 4 atau 5 sama dengan size puo2 tua tu. Mungkin waktu tu usia dia dah pun 80 tahun.. Aku sering perhatikan kedut pada kulit tangan dan wajahnya. Aku kesian padanya. Dalam usia yang sebegitu tua dia menyara dirinya tanpa bantuan sesiapa pun. Setiap kali dia sampai aku pasti bawa keluar bangku kecil untuknya. Kalau tidak dia akan cangkung sampai habis jualannya. Dan untuk pengetahuan korang dengan badan yang begitu kecil dia mampu mengangkat hasil jualannya dengan menyangkutkan pada hujung depan dan belakang sebatang kayu. Aku tak tahu apa cara tu di panggil. (ada nama tak heh benda tu??) Bayangkan setiap satu beban umpama berat sebaldi besar air . (huh.. aku nak angkat sebaldi kecil air pun tergeliat..huhuhu) Untuk lakukan hasil jualan nya dia akan laungkan suara tuanya "chow mai fan..(bihun goreng)...bubu caca (bubur cacar la tu.)

Itu cerita pasal puo2 tua tu, tapi dia masak sedap.. (hehe maaf lar masa kecil dulu...) Dia ada beberapa menu antara yang menarik , bihun goreng kicap, mee goreng kicap dan bubur cacar (bubur dia selalunya ada keledek, keladi dan ubi kayu yang di potong dadu) Sehingga kini kalau aku nak masak "bubur cacar" atau bihun goreng aku pasti buat style puo2 tua tu. Yumm..sedap... kena pulak bihun tu makan dengan cili api huhuhu srrupp...

Ok sekarang ni aku berhenti dulu.. nanti aku sambung lagi pasal makan ..makan..dan makan....di JalanMeldrum dan sekitarnya...hehehe...



Sunday, September 6, 2009

Puo2 & Mak aku "kerjakan" mulut orang...

Hehehe... kelakar pulak bila aku kata "kerjakan" mulut orang kan?? Sebenarnya mendiang atuk aku ni( cerita sebelum dia meninggal) selalu tinggalkan kerja buat gigi dia pada puo2 aku. Kerana apa.. bagi aku cukup jika aku katakan kerana melayan "habit"nya. Puo2 aku rajin dan sabar(walaupun garang sikit grr....). Dia bukan sahaja buat gigi, tetapi dialah juga yang menjaga anak2nya dan anak2 tirinya (anak2 pada atuk dan isteri pertamanya yang telah meninggal) Jadi demi nak terus "kenyang"kan perut anak2 dan anak2 tirinya dia teruskan kerja2 atuk aku tu..

Kalau nak tahu, kata mak aku, atuk aku meninggal masa aku kecil sangat lagi. Masa dia meninggal tu mak aku kata kebetulan aku kena demam campak. Jadi dibungkuslah aku macam mummy da...

Dalam post yang lepas aku ada bagi tau macamana orang dulu dapat lesen "doktor" gigi kan. Masa tu atuk aku jer pergi ambil ujian tu. Kata puo2 atuk tak bagi puo2 pergi ujian tu sebab "cemburu" (warghahaha pecah perut aku bila puo2 kata macam tu.. cemburu buta orang dulu2 tu..) Hakikatnya puo2 memang tak pernah pun pergi buat ujian tu. Tapi puo2 belajar senyap2 dari atuk aku. Bagi aku cerita puo2 macam "The Elves and The Shoemaker" Atuk aku beria2 ambil tempah buat gigi palsu tapi yang tolong buat tu puo2 aku. Lembu punya susu sapi "got the name". Dan bila atuk aku meninggal (aku tak tau pun bila tarikhnya),puo2 teruskan buat gigi tu. Masa atuk aku "go" dulu tu siap tersiar dalam surat khabar cina. Al Maklum lah.. bapa pada "orang kuat" MCA masa tu. Uncle aku masa tu orang politik. Presiden MCA lar kisahnye...

Dan akhirnya apa yang puo2 belajar tu diturunkan ke mak aku. Aku tak tahu dari bila tapi setahu aku, aku membesar dengan "gigi palsu" dan gigi original orang. Malah aku dah biasa tengok orang kena cabut gigi. Entah kenapa dan bukan nak puji tapi makcik pakcik yang datang selalu puji puo2 aku atau mak aku cabut gigi tak sakit. Tak macam dihospital..Entah lah.. tapi apa yang aku tahu cucu puo2 aku yang ini memang penakut gila nak cabut gigi.

Pernah sekali (entah umur aku berapa tahun, tapi aku tahu masa tu aku sekolah rendah..) gigi aku dah longgar.. Betul2 punya longgar sebab ikutkan kalau jentik sikit pun boleh tercabut. Jadi mak aku pun bawa lah "tools" dia untuk cabut gigi aku. Warh... aku apa lagi tak cukup tanah aku lari....Aku ikut pintu belakang ( Rumah Ah Chin tu...) lintang pukanglah aku lari sampai ke kedai "uncle majalah" (uncle india tu jual majalah dan gula2) Lepas tu bila tengok mak aku dah tak kejar dari belakang, aku fikir "ha... selamat aku" Aku pun "hang out" jap kat kedai majalah tu sambil selak2 majalah "Bambino". Dah tu aku pun balik dengan harapan mak aku dah lupa.. tanpa aku sedar rupa2nya mak aku menunggu aku depan pintu kedai puo2 dengan puo2 dah set perangkap. Aku pun lari masuk kedai tanpa sedar puo2 dah tutup "gate tarik". Puo2 tolak aku masuk ( susah aku nak discribe macamana tapi umpama sang harimau terperangkap dalam kandang sempit dan tak ada jalan nak lolos keluar) Dan mak aku datang macam "gergasi nak santap seekor lembu" tolak aku atas lantai, dan pou2 aku pegang aku. Mak aku (tah macamana dia punya skill) boleh buka kan mulut aku yang aku cuba kunci rapat. (masa tu sempat lagi maki puo2 aku..huhuhu berdosa sungguh pada puo2 aku tu.) Dan cabut... wargh.... aku melalak macam tercabut kepala sendiri..(pada hal bukan sakit pun) Cuma melalak sebab geram akhirnya aku tersungkur dikalahkan dua orang tua ni... warghahahuhu....

Aku ni consider rajin juga lah masa kecil dulu (masuk bakul angkut sendiri huhuhu ). Sebenarnya bukan apa. Aku ni suka nak tau. Aku suka tunggu lepas mak atau puo2 aku cabut gigi orang. Cabut gigi orang ni kadang2 sekejap. Kadang2 berjam2. Tengok pada keadaan gigi orang tu. Kalau sekarang dalam keadaan berjam2 tu dah di kira operation lah tu.. Nak tahu.. kita selama ni tahu bahawa "akar" gigi tumbuh menegak kan? Baik gigi depan mahu pun gigi geraham. Tapi aku pernah tengok akar gigi yang tumbuh bengkok macam bengkok mata kail. Dan aku pernah juga tengok gigi yang tumbuh "terkangkang". Kalau gigi tu berakar tegak ok lah juga nak di cabut.

Bayangkan macam pokok keembung. akarnya kan tunjang. Senang kan nak di cabut? Dan bayangkan akar pokok yang cabang "serabut" tu.. dan pokok tu dah matang, cuba cabut tengok... Silap2 pokok ta tercabut, urat pinggang kita yang putus..huhu

Macam tu lah umpamanya bila cabut gigi.. Kadang2 kapas berdarah2 penuh atas meja kaca tepi kerusi patient. Geli?? Alah dah biasa.. aku tak geli pun. Malah aku siap belek2 gigi yang mak atau puo2 aku cabut tu. Saja nak ambil tahu. Mungkin sebab tu lah aku tak mabuk darah kut.?? emm..

Satu lagi benda kegemaran aku yang aku sering buat main ialah.. raksa/mercury. Bahaya?? Lar... mana lah aku tahu masa kecil2 dulu. Yang aku tahu benda tu nampak menarik dan "comel".Warna silver lak tu. Kita tak dapat rasa berat setitik air, tapi kita boleh rasa berat setitik raksa tu. Dan bila di pecah2kan ia bergerak2 dan bergoyang2 macam menggigil2..Hehe.. (pandangan masa kecil dulu lar..) Dan menariknya ia bercantum setelah berpecah2. Bak kata orang tua "air dicincang tak akan putus" bagi aku pula "raksa di cincang sure bercantumnye.." (peribahasa moden.hehe..ada yang kena kejar dengan DBP sebab rosakkan peribahasa lama hehehe)

Satu lagi pengalaman aku di kedai puo2 ialah melihat bagaimana puo2 menghasilkan gigi emas. Tak pasti berapa ramai yang ingat bahawa suatu ketika dulu orang Melayu dan India cukup sinonim dengan gigi emas. Kalau sekarang ni orang tua2 (yang berkemampuan) bila nak raya mesti nak beli barang kemas. tapi dulu gigi emas macam satu kemestian. Jadi bila tiba musim raya jenuh lah puo2 buat gigi ema.

Sebenarnya "gigi emas" tu bukan di buat sebatang2. tapi cuma disarungkan macam sarungkan baju di badan atau "crowning" pada gigi . Cuma cara nak bentukkan "crowning" emas tu yang agak rumit dan proses itu melibatkan membentukkan acuan gigi (terserah pada gigi mana yang "patient" nak) dengan menggunakan cairan timah. Dan bila acuan tu dah sejuk terbentuklah sebatang gigi pada acuan tu. Setelah itu, proses bentukkan kepingan emas pada acuan gigi tu. Setelah crowning tu di bentuk, puo2 atau mak akan tunjukkan pada "patient" agar puas hati sebelum di pasang pada gigi asal atau palsu.

Selepas ni pasti ada yang tanya kenapa setelah banyak pengalaman aku dalam bidang pergigian "tradisi" ini aku langsung tidak menunjukkan minat untuk meneruskan bidang ini . Dan setelah baca sebab musabab aku nanti pasti ada yang kata aku "bodoh" itu kan cerita lama..

Setelah atuk aku "go", puo2 teruskan "perniagaan" ini tanpa sedar bahawa lesen pergigian itu tidak boleh di turunkan seperti perniagaan lain. dan mak aku pun tidak tahu. Yang mereka tahu mereka cuba sedaya upaya mencari rezeki untuk besarkan aku dan adik2. Lesen dibayar tepat pda waktu, tanpa tertunggak.

Hinggalah pada satu hari, kedai puo2 didatangi 3 orang berbaju putih dan memperkenal diri mereka pegawai dari kementerian kesihatan. Pada mulanya puo2 menyambut mesra mereka. Mereka meminta lesen puo2 dan kata hendak "check". Tanpa ada rasa ragu,puo2 dan mak pun berikan lesen itu.

Hari yang paling sedih buat puo2 dan mak. Dan aku tak pernah lupa akan wajah puo2 dan mak sedih dan berair mata setelah diberitahu bahawa lesen yang puo2 bayar selama ini tidak sah dan salah dari segi undang2. Dan puo2 diarah menutup kedai serta merta.

Hancur luluh hati puo2 kerana difikirkan itulah satu2nya "peninggalan"nya untuk diwarisi. Dan kini hancur disentap sekelip mata. Dan aku??... Walaupun aku baru dalam darjah 6 aku sedar apa yang berlaku dan aku faham sangat. Dan puo2,.. aku lihat merayu2 pada pegawai untuk diberi tempoh agar dapat menyudahkan amanah orang. Agar dapat berikan gigi yang ditempah pada tuan punya gigi yang sudah membayar cengkeram.Mak,.. aku lihat berendam air mata kerana bakal hilang satu sumber pendapatan.

Akhirnya datang satu idea dari bapa saudara aku yang bagiku "salah tapi benar". Puo2 dan mak teruskan perniagaannya tapi "underground". Sejak dari tu, segalanya berubah.Hilang segala keceriaan. Malap...Segala urusan dilakukan takut2. Aku jadi pemerhati setia pada van putih yang lalu di Jalan Meldrum. Aku bagaikan fobia melihat van putih berbulan sabit merah. Setiap kali aku bermain di luar dan terlihat kelibat van itu, aku melompat dan serbu ke arah mak atau pou2 aku untuk disampaikan "maklumat" itu. Dan puo2, mak atau aku akan segera menarik "gate tarik" dan menyimpan segala perkakas buat gigi dan cabut gigi. "Hilangkan bukti " kata orang...

Kata orang "practise make perfect". Aku menjadi seorang yang begitu berhati2, hinggakan secebis kapas di meja kaca aku boleh perasan dan cepat2 buangkan. Pegawai kementerian kesihatan itu bagai tak jemu menjadi tetamu tak diundang. Dan setiap kali itulah aku "korbankan" waktu belajar atau main untuk perhatikan andai ada yang tercicir yang boleh membuatkan pegawai itu syak.

Bagi aku waktu itu mak dan puo2 perlukan aku untuk menjadi mata mereka. Dan aku teramat sudi kerana aku tak sanggup lihat mak dan puo2 menangis dan susah hati lagi. Dari situ aku menjadi lebih "alert". Bagi aku waktu itu pegawai itu bagai musuh aku yang cuba merobekkan hati mak dan pou2 aku. (aku dah tak sanggup berdepan dengan keadaaan pahit itu lagi...)

Perniagaan puo2 merosot. Tapi bak kata orang rezeki kalau Allah nak beri tak kira keadaan kan?? Walau puo2 dan mak (dan aku juga..) berhadapan dengan situasi begini, tetapi ada juga patient tetap puo2 dan mak aku yng mahukan khidmat mereka. Sering aku dengar mereka kat kerana puo2 dan mak peramah dan mesra melayan kerenah mereka. Berbanding dengan hospital, yang tak tanya bius dah kebas belum terus cabut (itu dulu.. aku pun tak tahu lah dihospital sekarang macamana, pastinya ok kot)

Pejam celik, pejam celik, mak dan puo2 bertahan selama lebih kurang dua tahun sebelum kedai itu benar2 ditutup kerana tuan kedai menjualkan kedai itu pada seorang ahli peniagaan dari Singapura.

Aku tak pasti kenapa, tapi aku baru sedar yang aku sentiasa merindui Jalan Meldrum yang berikan aku kenangan pahit manis dan salah satu sebabnya aku rasa kerana aku tidak berkesempatan untuk mengucapkan "salam perpisahan" pada "Jalan Meldrum"..

Kata orang kenangan disemai hidup perlu di teruskan. Namun bagi aku kenangan akulah yang banyak membentuk jatidiri aku dan "AKU" . Hilangnya "AKU" dari diri aku membuatkan aku rasa aku perlu "post mortem" silam ku. Agar aku dapat cari balik diri "AKU" sebenar.

Kecuali aku mengakui hakikat diri dan sedar, segala jalan yang aku lalui pasti menemui jalan buntu. Aku akan maju kedepan.. aku akan seiring dengan mereka..walaupun aku tahu aku sudah tertinggal tapi biarkanlah.. aku akan langkah dengan caraku, aku akan langkah dengan rentakku. Biar apa kata mereka. Moga nanti bila sampai destinasiku, aku boleh menarik nafas lega... dan bersyukur..

**Jangan salah anggap yang ini adalah post terakhir aku.... Aku akan terus menulis selagi ada memori di kotak minda aku yang berkaitan Jalan Meldrum...dan "sewaktu" dengannye..hehehe















Friday, September 4, 2009

Kawan aku.. Ah Chin..

Kedai pou2 dulu tak ada televisyen. Kalau nak tengok pun aku tumpang tengok dibelakang. Maksud aku di belakang kedai puo2 ada sebuah lagi kedai + rumah yang sebenarnya owner kedai pou2 tu. Owner nya sepasang suami isteri cina beranak 3. Mereka ni tukang jahit pakaian lelaki dan perempuan. Anak2 mereka pula kawan aku juga. Hong Yi (sulung), Ah Chin (kedua) dan seorang anak perempuan yang aku lupa namanya. Ah Chin dulu juga pernah bersekolah di Holy Light Kindergarten. Sebaya dengan aku. Tapi untuk main dengan diorang ni, payah sedikit. Kerana aunty tu cukup2 tegas dalm soal didik anak.

Jadi.. waktu yang boleh aku tonton TV pun waktu petang. Kerana waktu terhad rancangan yang kami sama2 tonton ialah "Xiao Ding Dang"( Doraemon) dan drama cina dari TV Singapura.

Mungkin aku boleh cerita sedikit pasal keluarga Ah Chin ni. Sebab bagi aku, ada pelajaran yang aku perolehi dari keluarga ini. Walaupun kedua2 ibubapanya tukang jahit, ayah Ah Chin tetap bawa teksi. Pergi pagi balik petang. Keluarga Ah Chin mempunyai satu budaya kekeluargaan yang aku rasa sebenarnya patut ada dalam semua keluarga. Wajib makan bersama tepat pukul 7 malam. Mereka akan duduk di meja marmar bulat dan menjamu selera. Dan waktu itu aku andaikata aku belum balik rumah, aku tak berani nak ganggu mereka. Tak ada bunyi.. kecuali bunyi kentang kentung sepit dan mangkuk dan bunyi orang mengunyah.Masa tu kalau tikus lalu pun dengar tapak kaki nya..

Suatu hari ,aku masih ingat lagi, Ah Chin dan abangnya melanggar arahan emak mereka.. Nak tau apa dendanya..?? Melutut di depan Patung Dewa mereka sambil tarik telinga dan di larang makan malam itu.. Tidur lah mereka dalam lapar..Dan mereka melutut hingga tengah malam. (sebagamana yang Ah Chin beritahu aku..mengadu lar tu...:( kesian dia..)

Bagi kalian.. Zalim tak? Entah la ya.. Pandangan dari sudut sekarang pastinya terasa zalim. Kerana sebagai ibubapa sekarang aku pun tak sampai hati tengok anak aku berlapar. Aku pernah cuba hendak melakukan "konsep garang giler" itu.. (but I fail..) garang boleh tapi nak sampai tahap tak makan..emm....kalau pun anak boleh tahan, perut aku yang sakit.. silap2 aku yang masuk hospital sebab gastrik..huhuhu.

Satu lagi yang aku rasa unik dan aku belajar dari keluarga Ah Chin (sekarang malas lak nak buat) ialah cara emaknya membasuh pakaian. Baju yang di longgokkan dalam satu besen. (dulu guna besen aluminium) Kemudian di masak air panas mendidih (berulangkali hingga penuh besen ) dan direndam semalaman. Esoknya baru dibasuh dan jemur. Dan baju mereka sentiasa bersih dan kemas. (Sekarang ni mesin basuh "front loader" ada sistem air panas kan?) Mak kata tujuan nya untuk basmi kuman. Al maklum lah.. kat bandar ni bukan bersih sangat.. anjing, longkang tersumbat, bila hujan air naik..macam2 yang menyumbang pada kekotoran. Terus terang persekitaran di kedai puo2 dulu taklah bersih.. Sebab tu abah hari2 cuci lantai dan semua barang yang patut dicuci dengan "Dettol".(ishh.. ni boleh claim iklan Dettol ni..hehe)

Satu lagi yang aku rasa hairan dan aku harap ada yang boleh beri pendapat...

Setiap kali ayah Ah Chin keluar dari bilik mandi.. pasti ada bau "snif..snif.." pelik.Betul2 punya pelik. (yang kemudiannya aku baru tahu masa dalam makmal sains, itu adalah bau alkohol) Apa dia buat mandi dengan alkohol ye??? Ada juga aku tanya mak aku baru2 ni tapi mak tak ingat. Emm.... Tak kan "basmi kuman" juga kot??

Dan suatu waktu kemudian tu.. Ah Chin dan keluarganya pindah ke UDA. dan aku hilang lar kawan..dan juga tempat aku tonton TV. Jadi.. apa aku buat untuk hilang bosan..?? hehehe.. dah 1 pagi ni...(tah kenapa lak hari ni x boleh tahan mata ni..) esok2 je aku cerita ok.....(cuba dengkur macam Ramlee, Aziz dan Sudin..Kroo...ZZzzzzz....foouuu....ekk....) Selamat malam.. oops..pagi... :)

Thursday, September 3, 2009

Fikir...Fikir.. Fikir..

Sewaktu aku mula mula "create" blog ni, aku sebenar benar hanya mahu mencuba. Kalian boleh kategorikan aku sebagai "Lembab IT" (tak buta lar sebab aku tau lar pasal IT ni cuma.. ketinggalan sikit). Mulanya hanyalah sebagai saranan dari sahabat2 aku seperti Haslinda(Chindoe) dan Raja Kamariah (antara sahabat2 baik dari alam persekolahan dulu) untuk memulakan perniagaan di internet.

Fikir punya fikir punya fikir..
Apa yang aku nak buat untuk mulakan blog ni? Macamana nak mulakan? Nak godeh macamana? Nak masuk tang mana? Kalau dah dapat nak niaga apa lak? "Cemburu" juga bila tengok blog Chindoe berjaya. Huhuhu..(Tahniah Chindoe!!!) Semua tu bagaikan tembok yang aku tidak dapat tembusi. hingga suatu hari bila Raja menyarankan aku masuk blogspot.

Aku pun godehlah...
"Create" lah konon.. macam dah pandai sangat. Bila nak start layout "?????"Huhuhu.. tulun..tulun..macamana ni......
Jadi.. aku pun biarkan lar blog kosong aku ni terperap selama seminggu dua.. Sehingga satu hari tu aku termasuk dalam blog orang lain yang aku tak kenal.. cerita pasal diri dia (tah blog sapa2 dan macamana boleh termasuk pun aku tak ingat)

Tiba tiba aku teringat akan keinginan aku suatu ketika dulu untuk menulis sebuah buku kehidupan anak bandar di Jalan Meldrum. Tapi terbantut sebab bahasa aku "pasar" sangat. Tak "proper" kata orang putih tu..Alar.. macam yang aku tengah tulis ni lar.. hehehe.

Jadi aku pun fikir "Why not aku tulis apa yang datang dalam kepala otak aku ni by blogging" sebab selama ni banyak sangat yang ada dalam kepala ni tapi tak pernah berpeluang untuk outputkan ia. Kesibukan berumahtangga selama 12 tahun ini membuat aku lupa akan siapa diri aku sebenar. Aku bagaikan dibentuk , diacu untuk jadi "makhluk asing" yang aku sendiri pun tidak kenal.

Jadi.... inilah rasanya "rumah aku", luahan aku.. cara aku.. Aku tak pasti reaksi orang lain tapi dari comment sahabat2 yang aku "cayang" aku bagaikan di suntik satu semangat untuk menulis lagi. Terima kasih sahabat2 yang aku sayang dan hargai..

Moga aku dapat mencari kembali Riza Yahya yang dulu dengan di tambah rasa dengan kematangan yang ada sekarang..(macam dah matang bebeno..hehe) moga dapat menjadi Riza Yahya yang lebih jitu dan mendapat keredhaan Nya.

Sekian.. eh.. dah mula dah.. ( Pemulaan ditengah jalan..)

Monday, August 31, 2009

Jamban Tadah...???


Jamban, Tandas, Toilet, Dr. Jam.. apa lagi..
Semua tu membawa ada satu perkataan pada suatu tempat yang boleh melegakan sesiapa saja di dunia ni. Kenapa aku cerita bab jamban lak heh?? Hari tu aku ada kata dalam post pertama aku.. aku nak cerita sesuatu yg bagi sesetengah orang pastinya jijik.
Harap korang benar2 sedia dalam membaca cerita seterusnya ni.. Be prepared mentally hehe..
Di saat korang ada di rumah dan membuang hajat di tempat yang selesa dan bersih.. aku membesar dengan jamban tadah..Pernah pakai?? Hah tu lar "best" nye cerita ni.
"Dr. Jam" yang merawat sakit perut aku.. ni ada banyak kekurangan.. pertama tak ada pam, kedua tak ada paip air, ketiga cuma ada satu lubang pelepas hajat dan penadah sahaja.. Selesa?? Rasa jamban kampung lagi selesa kan? Paling tidak, tak nampak pun najis2 tertakung.
Setiap kali "buang hajat" aku pasti kira labah labah. Ini kerana labah labah sering bersarang sudut jamban itu. Malah kadang kadang ada labah labah sebesar tapak tangan. Dalam menanti waktu "lega" aku banyak belajar kerektor labah labah dan serangga2 yang ada. Walau tidak tahu kenapa tapi ada kala labah2 berenjut2 diatas sarangnya. Macam hendak menarik perhatian sesuatu.. Mungkin mangsanya.. Malah labah2 yang besar sering serang labah2 kecil dari spesis yag sama. Pembuli betul..(hai.. mcm manusia juga kan? Tikam menikam..)
Aku banyak memerhati. Malah "najis" pun aku perhati.. Oopsss..maaf kalau rasa jijik. Tapi itu hakikat. Dalam usia kecik tu aku faham "the color of you sh** depend on what you eat and your body health. Emm.. (Mcm warna ada huhuhu..geli pulak di ingat bila dah besar ni... ) Bau? ala.. mesti lar bau.. Nak tau macamana nak elak dari terbau ke"harum"an najis2 tu? Aku balut hidung aku dengan toilet roll 3 lapis. Kira ok la tu.. Bau kertas. Dari bau t***!
Paling haru bila perut ni buat hal sebab salah makan.. Huhuhu.. Satu roll toilet roll tu aku pakai. Tapi jangan salah faham. Walaupun jamban tak ada air, tapi bilik mandi ada. So pastinya aku "membersihkan" diri disitu..
Itu lah pengalaman pakai jamban tadah sepanjang jadi anak bandar tu..Pun begitu jamban itu dicuci dengan "asid" (kata pou2 aku, aku pun tak tahu asid apa, yang pasti baunye menusuk hidung bila dicuci) dua hari sekali. Dan najis pula di angkat oleh...entah..tukang angkat najis lar kan?? (tak pernah aku tengok siapa yang angkat najis itu) Aku rasa diorang angkat subuh subuh pagi. Sebab tiap pagi tong tu mesti dah bersih.
Sesuatu yang aku sedar dari pengalaman ini ialah "siapa kita untuk menjijikkan sesiapa sahaja didunia ini?" Sering kita dengar, malah sering kita tidak sedar adakala kita meng "eee" kan makanan kaum lain atau pada sesuatu yang kita tidak serasi atau suka.
Contoh lazim "babi" atau sopan nya "khinzir". Jijik kah makanan itu? Ya Islam mengharamkan makanan itu. Tapi tak pula disuruh mencaci atau meng "eee"kan makanan itu atau orang yang makan makanan itu. Andaikata.. daging khinzir halal dalam Islam.. adakah kita "eee"kan daging itu?
Atau bagaimana pulak daging lembu yang kita yang sering kita akan itu di "eee"kan oleh kaum yang tidak makan daging lembu? Apakh kita marah.. Pasti bukan?
Dalam dunia ni banyak perkara dan budaya yang unik dan tersendiri yang tidak semestinya boleh di terima akal. , malah ada satu kaum di pedalaman China menggunakan "cecair" dalam usus kambing untuk dijadikan hidangan kenduri kaum itu. Jijik? Mengapa tidak kita pandang itu sebagai unik.
Orang Vietnam makan lipas, lipan, belalang, labah labah. Jijik? Geli? Bagi aku keadaan yang membuat mereka berani mencuba sesuatu yang dipandang jijik itu. Peperangan, darurat..sering mengajar manusia untuk "survive". Hendak makan apa kalau keluar rumah pun ditembak, benda bergerak memanjat dinding, merayap di lantai dipandang sebagai daging yang enak.. Dan kini bila sudah aman itu lah menjadi makanan kenangan lalu menjadi tradisi mereka. Jijik lagi? Pasti sudah ada perspektif yang berbeza kan? Umpana nenek moyang kita makan ubi diwaktu darurat, sekarang menjadi hidangan diwaktu santai..(huu...ubi panas2 cecah gula pasir, atau sambal dengan kopi panas2..sedap tu...)
Jadi sekarang aku pula mengajar itu pada anak2 aku. Aku mahu mereka hormat pada budaya dan tradisi orang. Kalau Najib Tun Razak canangkan 1 Malaysia, aku dah pun rasakan 1 Malaysia dari dulu.
Sk HIJ Convent, tempat aku belajar bahawa kita hidup SeMalaysia. Dulu aku dan kawan2 aku dari berbagai bangsa boleh duduk semeja malah segelas air boleh dikongsi bersama tanpa jijik atau geli. Rasa berbeza dengan sekolah anak2 aku sekarang. Rakan2 sekelas mencerca, meng"eee"kan makanan dibawa, meminggirkan kaum lain (majoriti anak2 ni 99% Melayu hanya 1% bangsa lain). Sedih kerana bagaikan sudah tiada perasaan SeMalaysia disekolah. Tidak pasti di sekolah lain. 3 buah sekolah anak2 aku belajar, ceritanya sama. Malah guru2 dan ibubapa juga berpelakuan begitu.(tak lah semua...)
Rasanya memang tepat pada waktu PM kita mahukan Malaysia bersatu kembali.. Moga anak2 aku dapat merasa apa yang pernah ku rasai sewaktu di sekolah dulu....


Wednesday, August 12, 2009

Masa aku kecil2 dulu....

Sebenarnya bila aku belek2 gambar ni, aku tak berapa ingat umur aku berapa tahun. Tapi lebih kurang 7 atau 8 tahun. Sebab seingat aku masa ni aku dah pun ada adik (Razalee) yang baru belajar jalan dalam "walker". Gambar ni di ambil oleh ex wife bapa saudara aku Uncle Tommy.

Hidup di tengah bandar tak sama di kampung. Ramai kawan dan jiran. Apa yang ada di sekeliling aku waktu itu kawan2 berketurunan Cina. Aku cuma ada seorang sahaja kawan Melayu di situ waktu itu. Halimah bt. Yunos. Bapa dia berniaga berhampiran kedai puo2 aku. Dan aku dengan dia pun kenal sewaktu kami bersama2 bersekolah di Holy Light Kindergarden. Dia tinggal di Jalan Wong Ah Fook. Kawan2 aku yang ada pun semua bersekolah di Sek Ren IJ Convent Jalan Yahya Awal.

Kalau dalam post lepas aku bercerita bagaimana aku habiskan waktu pagi, dan kali ini aku ingin berkongsi cerita antara pengalaman waktu lapang aku.

Mana aku nak mula ye...

Apa kata kisah tangkap ikan longkang.. Ha... aku tak tahu apa nama "formal" ikan longkang ni. Aku gelarkan ikan longkang sebab ikan kecil warna putih ni (tak lar putih sangat pun) boleh survive dalam longkang. Depan kedai nenek aku ada longkang. Dalam gambar ni bermakna ia berada depan aku.

Tujuan aku dan geng2 tangkap ikan ni satu jer sebab. Nak tengok ikan siapa hidup paling lama. (Dia yang menang hehe..) Agaknye enviroment ikan ni memang temptanya kotor, jadi bila di masuk dalam botol kaca dengan air paip yang bersih , paling lama ikan ni boleh bertahan 5 ke 6 hari. Bergantung pada rajinnya kita nak tukar air. Lepas tu... emm.. timbulll!!! Sedih?? Tidak langsung, sebab stok ikan dalam longkang banyak.. free pulak tu..Apa lagi sauk jer la.. Dulu kawan aku yang bernama Xue Ti ni bijak sikit. Dia buat sendiri sauk dengan kain (koyak dari baju lama mak dia kot) Jadi aku ni tukang pinjam je la..

Bila dah besar ni aku terfikir.. ikan longkang ni "kuat semangat" walau pun hidup di tempat "kotor", tapi ikan ni tetap boleh hidup..beranak pinak lagi hehe. Bagi aku walau macamana peritnya dugaan yang kita alami, cabaran yang kuat dan hebat menimpa, hakikatnya semua tu "quiz" dan "puzzle" yang Allah beri pada kita dalam "pertandingan" hidup. Point atau mata yang kita perolehi sama ada merah atu hijau itulah kita redeem umtuk ke syurga atau neraka. "Hidup tak lah susah.. cuma kita aje yang susahkan hidup"

Kita ni kira bertuah lah juga sebab tak payah lama2 "berlakon" di pentas dunia ni. Hidup dalam 50 -60 tahun atau paling lama 75 tahun kot pas tu..kwehkwehkweh...(goal..) badan yang konon nak maintain lawa ni lama2 hancur jugak.. yang tinggal amalan. Huh.. cukup ke heh nak bawak amalan aku ni.. Tang2 aku bawak pakai beg plastik Carrefour tu pun tak penuh. Orang lain siap bawa trailer , keretapi lagi.. Ya Allah cukupkan lah pahala aku so that aku boleh redeem syurgamu... Amin ..

Eh ehhh.. apa lak terbabas babas sampai ke syurga lak.. Bukan ke kita cerita pasal ikan longkang tadi. huhuhu.. Sorry lar ye.. ;P

Kawan aku Xue Ti ni ada abang nama dia Tuo Ti. Diorang ni ada calitkan dalam memori aku satu kenangan lucu bagi aku tetapi pasti pahit bagi dua beradik ni. Waktu tu, lagi 4 atau 5 hari lagi nak Tahun Baru Cina. Diorang ada ajak aku main mercun lidi. Aku ni tak la suka sangat main mercun ni. Sebab buat aku terkejut2 jer..Petang tu, Xue Ti kata " Woi Riza, aku dapat tangkap anak tikus tau, ada dalam 3 ekor (anak tikus yang masih pinky pinky lagi). Jom la ikut aku nak main letup2kan anak tikus" (hahaha geli??) Masa tu aku "waras". Aku tak ikut sebab aku rasa zalim betul lah kawan aku ni...

Dam.. dumm ..Dam.. dumm.. bunyi mercun tu.. Masa tu dah pun lewat petang. Nak tunggu abah balik dari kerja bawa aku , mak dan Zalee balik. Jadi aku pun tak lah ambil pot sangat apa aktiviti dua beradik tu.

Esoknye Xue Ti dengan bangganya menceritakan bagaimana dia dan abangnya letupkan anak2 tikus itu dengan masukkan seekor demi seekor dalam kotak mancis dan dipasang dengan mercun (aku tak pasti jenis apa, tapi yang pasti berkecai ...)

Cerita itu tak habis disitu.

Hari yang sama Xue T dan Tuo Ti menceritakan aktivitinya pada aku, malam tu "bala" menimpa..kerana...

Pada esok harinya mak pada dua beradik ni yang aku panggil Mi Sao tu menangis2 berjumpa dengan pou2 dan mak aku. Dia bercerita....

Malam tu Xue Ti dan Tuo Ti meneruskan aktiviti main mercun. Dan tiba tiba salah satu mercun lidi nya tidak menyala. Lalu Xue Ti menyuruh Tuo Ti periksa mercun itu. Tuo Ti dengan bendulnya mendekati mercun itu. Dia cangkung untuk periksa mercun itu dan tiba tiba... dummm.. Akhir cerita Tuo Ti pun me"landing"kan dirinya di hospital... hahaha balasan...

Tahun tu ber "Gong Xi Fa Chai" lah Xue Ti dan Tuo Ti di Hospital Sultanah Aminah....

Seminggu (kalau tak silap) lepas tu , Tuo Ti pun keluar dari hospital. Bila aku terserempak dengan dia.. Ya Allah.. warna muka dia sebijik macam warna anak tikus yang diorang letupkan (pinky pinky) Hahahaha... haa.. baru diorang tau apa tu Bao Ying (balasan).

** Walaupun kadang2 aku sakit hati bila di"buat" orang, tak kisah lah samada tak mengenang budi, atau mengata ngumpat, bla bla bla... bila aku ingat cerita ni aku reda, sebab aku yakin segala baik buruk yang orang buat pasti ada pembalasan dari Dia..tak di dunia, di sana terima juga.. Dan aku sebagai servant biasa, I must make sure to be as simple as can be, kurang kan dosa tingkatkan pahala..hehehe..Wallahualam... ;P







Sunday, August 9, 2009

Pagi pagi..lagi..


Nama puo2 aku ni Kwok Chye Yek. Gambar ni masa kat depan "klinik" gigi . Tempat aku habiskan maa kanak2 aku. Tempat yang menyimpan seribu satu memori yang terpahat dalam ingatan aku.


Puo2 aku ni rajin dan baik hati orangnya. Dia menjaga bukan setakat aku dan adik2 aku, malah adik2 saudara aku yang lain. Rutin harian yang tersedia banyak mendedahkan aku pada banyak perkara..


Aku mula bantu puo2 aku waktu usia aku mungkin dalam 8 tahun. Aku lewat mendapat adik. Hanya merasa aku seorang kakak bila aku berusia 7 tahun Rutin harian aku setiap pagi..

Abah menghantar kami ke kedai seawal 7 pagi. Abah seorang pembersih. Jadi pagi2 tugas utamanya,memastikan kedai berada dalam keadaan bersih dan "fresh" sebelum dia tinggalkan kami untuk ke tempat kerja. Lantai di mop dan bilik di lap. Bila masuk yag terbau hanya "dettol". Kemudian mak aku mulakan kerja membuat gigi. Dan aku mula "tugas' aku dalam pukul 8pagi. Aku ambil 2 teko untuk dicuci. Bekas air minuman semalam. Setelah itu aku kebelakang(dapur) untuk masak air.

Dulu puo2 aku tak masak air dengan dapur gas. "Bazir" katanya. Jadi kami menggunakan dapur arang. Dapur gas cuma untuk masak lauk sahaja. Seawal usia 8 tahun aku sudah tahu memakai dapur arang. Hah.. mungkin ada yang tak tahu macam mana nak pasang api dapur arang kan? Ok..cam ni..

Mula2 aku nyalakan " fire starter" yang puo2 aku panggil "Dhama" (hehe aku tak tau lar apa benda tu dalam bahasa Melayu.. maaf).. Kemudian aku cari arang yang lebih kecil dan tipis. Ini kerana "fire starter" yang menyala tadi akan bakar arang itu dengan lebih cepat dan mudah. Kalau tak ada aku akan pecah2kan arang yang kadang2 sebesar betis aku (masa aku kecil la...). Arang tadi disusun berjarak (stail tripod) agar ada pengaliran udara untuk mudahkan pembakaran arang tu. Bila arang kecil dah terbakar masukkanlah arang yang lebih besar. Dah nampak arang besar tu berbara.. masa tu lar aku kipas dengan kipas satay. Hah.. suatu perkara terperinci yang aku rindu waktu tu ialah bila arang besar dah mula terbakar, aku dapat dengar satu bunyi letup2 halus diikuti api2 halus yang berterbangan. Aku rasa puas setiap kali aku berjaya nyalakan api itu. Kerana itulah permulaan penggunaan dapur arang dalam sehari. Dan aku yang mulakan..(bangga @oo@). Oh ye.. hehe kembang hidung sampai lupa pulak ada lagi kerja seterusnya..Cerek air besar yang aku dah isi air aku tenggekkan atas dapur (badan cerek tu lagi besar dari muka aku waktu tu.. huhu berat tu..)

Kemudian aku ke depan semula.. Tugas seterusnya buat air. Setiap hari kecuali Ahad, 2 teko air akan dibuat. Satu berisi teh cina, dan satu lagi berisi kopi. Puo2 selalunya membeli teh cina cap "Thiea Kwan Yin". Kopi pula... entah ye.. aku lupa pulak.. Aku cuba2 ingat tapi tak berhasil. Yang pasti rasanya aku ingat sebab aku yang buat tiap hari hehe..Alar.. aku isi aje kopi dan tehnya dan gula secukup rasa (dalam kopi aje) kedalam teko. Puo2 yang selalunya sampai dalam pukul 9.30 pagi akan angkat air yang dah masak dan kemudian isikan kedalam teko tu. Tak berani aku nak pandai2 angkat cerek berat dan panas tu..

Puo2 banyak tetamu dan sahabat. Dan biasanya air dah pun disiapkan awal pagi. Tidak seperti sebelah abah aku yang mana keluarga sana buat air hanya bila tetamu datang..lebih "fresh"dan panas2.

Itulah rutin harian aku waktu pagi.

** Aku diperkenalkan oleh seorang tauke kopi yang dia jual. Kopi "Cap Television" dari Kluang, Johor. Selama ni aku cuba2 juga beli kopi serbuk tapi semua rasa tak sedap, bagai ada sahaja yang tak kena. Aku minum Nescafe, sedap tapi tak "adventure". Bila aku bancuh Kopi "Cap Television" tu huhu... mengamit memori silam..cecah pula dengan biskut kering.. hmm... nikmat tak terkira.. Mungkin itu kot kopi yang puo2 aku beli?? entah lah...


Friday, August 7, 2009

Bermula di Jalan Meldrum


Nama aku Riza. Anak Pak Yahya, Haji Yahya b. Hassan. Mak aku Hajah Azlin Lee bt. Abdullah. Bangsa Cina beragama Islam. Aku ada dua orang adik lelaki. Razalee dan Razimee. Aku selalu ditanya "orang apa?"(bangsa apa) sebab muka aku orang kata macam cina (entah..) tapi fasih berbahasa melayu. masa kecil2 dulu rasa tergeliat nak jawab. Sebab kalau aku jawab melayu mak aku cina.. dan sebaliknya..Bosannya banyak sangat soalan susulan di tanya orang.. mungkin kerana dulu orang rasa pelik bila darah campur ni kut..?? Tapi bila aku dah besar aku dapat satu ayat power yang akan padam semua soalan lain bila ditanya.. Aku jawab aku Malaysian.. ha.. tau diam.. !!

Bila di fikir fikir memang pun aku tepat pun jawapan aku. kenapa orang hendak persoalkan siapa kau dan apa bangsa kau? Bukan ke kita ni senegara. Kenapa hilang perkataan bangsa Malaysia. Kenapa mesti ada kolum bangsa apa dalam surat beranak kita? Kerana "kuota"?? Politik huh!! Hairan orang Indon kalau perkenalkan diri tak kisah cina melayu tetap bangsa Indonesia. "That is few good thing" yang kita boleh ikut kan .. tah la.. just speak up my mind jer...

Balik pada aku..
Zaman kecil aku banyak dihabiskan di keda nenek aku. Aku panggil nenek aku Pou Pou(nenek dalam bahasa cina). Pou2 aku ni buat gigi.. cakap jer nak buat apa gigi palsu cabut gigi, tampal gigi, gigi emas, semua pou2 aku buat. Pendek kata macam pakar lar.. dan mak aku pun tolong pou2 aku. Dulu mana ada doktor gigi. Pou2 aku kata zaman dulu jadi "doktor gigi" tak payah degree. cuma kalau berminat tau basic, pergi belajar sikit sikit, ambil periksa lulus da boleh buka "klinik" gigi. Kena renew lesen tiap tahun. asal dulu mendiang datuk aku yang pergi ambil lesen.. Tapi disebabkan "ah gong"(atuk cina aku) da meninggal pou2 aku ambil alih. Hah aku pun tau gak pasal gigi ni.. dah hari hari aku mengadap benda tu mau tak tau.. Ni.. baru mukadimah. Nanti aku cerita satu per satu.
Kadang kadang aku berbangga kerana aku lahir di zaman 70an.. sebab aku boleh lalui era 70, 80, 90an dan melenium.. Aku selalu dengar dari suami aku(sebaya dengan aku) bebudak zaman kecilnya bermain "belon acah", "rounders", cari biji getah, dan macam2 lagi.. Mungkin bagi korang semua tu familiar kan?? tapi bagi aku.. huhuhu aku langsung tak tau tu semua..
Masa kecil2 aku main kad kereta, snap, cari ikan longkang, laga ikan laga, kira anak tikus (pinky pinky lagi hahaha) em.. apa lagi ye.. hah.. tolong nenek aku.. hehe.. nanti aku cerita.. Sebab nenek aku juga aku rasa bangga lalui zaman kecil aku.. sabar...nanti aku cerita..Mungkin ada diantara mainan yang aku tulis diatas korang pernah main.. Aku pun ada gak yang dah lupa.. Tapi aku cuba ingat2 balik ok.. Still.. ni mukadimah aja nanti kita borak panjang2 pasal game aku masa kecik2 ni...
Next nanti aku nak cerita pasal nenek aku dan pelajaran klasik dan antik malah mungkin jijik but funny khas buat korang..