Thursday, September 3, 2009

Fikir...Fikir.. Fikir..

Sewaktu aku mula mula "create" blog ni, aku sebenar benar hanya mahu mencuba. Kalian boleh kategorikan aku sebagai "Lembab IT" (tak buta lar sebab aku tau lar pasal IT ni cuma.. ketinggalan sikit). Mulanya hanyalah sebagai saranan dari sahabat2 aku seperti Haslinda(Chindoe) dan Raja Kamariah (antara sahabat2 baik dari alam persekolahan dulu) untuk memulakan perniagaan di internet.

Fikir punya fikir punya fikir..
Apa yang aku nak buat untuk mulakan blog ni? Macamana nak mulakan? Nak godeh macamana? Nak masuk tang mana? Kalau dah dapat nak niaga apa lak? "Cemburu" juga bila tengok blog Chindoe berjaya. Huhuhu..(Tahniah Chindoe!!!) Semua tu bagaikan tembok yang aku tidak dapat tembusi. hingga suatu hari bila Raja menyarankan aku masuk blogspot.

Aku pun godehlah...
"Create" lah konon.. macam dah pandai sangat. Bila nak start layout "?????"Huhuhu.. tulun..tulun..macamana ni......
Jadi.. aku pun biarkan lar blog kosong aku ni terperap selama seminggu dua.. Sehingga satu hari tu aku termasuk dalam blog orang lain yang aku tak kenal.. cerita pasal diri dia (tah blog sapa2 dan macamana boleh termasuk pun aku tak ingat)

Tiba tiba aku teringat akan keinginan aku suatu ketika dulu untuk menulis sebuah buku kehidupan anak bandar di Jalan Meldrum. Tapi terbantut sebab bahasa aku "pasar" sangat. Tak "proper" kata orang putih tu..Alar.. macam yang aku tengah tulis ni lar.. hehehe.

Jadi aku pun fikir "Why not aku tulis apa yang datang dalam kepala otak aku ni by blogging" sebab selama ni banyak sangat yang ada dalam kepala ni tapi tak pernah berpeluang untuk outputkan ia. Kesibukan berumahtangga selama 12 tahun ini membuat aku lupa akan siapa diri aku sebenar. Aku bagaikan dibentuk , diacu untuk jadi "makhluk asing" yang aku sendiri pun tidak kenal.

Jadi.... inilah rasanya "rumah aku", luahan aku.. cara aku.. Aku tak pasti reaksi orang lain tapi dari comment sahabat2 yang aku "cayang" aku bagaikan di suntik satu semangat untuk menulis lagi. Terima kasih sahabat2 yang aku sayang dan hargai..

Moga aku dapat mencari kembali Riza Yahya yang dulu dengan di tambah rasa dengan kematangan yang ada sekarang..(macam dah matang bebeno..hehe) moga dapat menjadi Riza Yahya yang lebih jitu dan mendapat keredhaan Nya.

Sekian.. eh.. dah mula dah.. ( Pemulaan ditengah jalan..)

4 comments:

  1. riza... syok laa baca cite ko ni.. ko patutu buat novel lah.... .nanti kalau ko buat, ko beritau aku ek.. aku boleh rekemen yg mana mana kawan aku yg novelis utk rekemen publishe untuk ko.. aku??? iiskkk.. aku buku ilmiah boleh laa.. tahap kretibiti aku dah terbantut laaa (ko tau tak psycheupp ni sapa? kekekek jgn salah org ok!)

    ReplyDelete
  2. Kweheehe... ye ko.. bahasa aku dah lar macam rojak petis rojak buah..Kalu buat novel sure kena kantoi dengan DBP nye..hehe Lar ko Raja lar.. tak kan permaisuri kot...

    ReplyDelete
  3. riza...bestlahhh keep on blogging dear...cite aku cite biasa jerrrr..aku ngan raja tetap akan menyokong ko muahsssssssss

    ReplyDelete
  4. Thanks Chindoe n Raja.. Aku rasa kalu ko x encourage aku aritu aku pon 1/2 ati jer huhu.. but thanks alot.. Sure I will keep on blogging as long as korang sudi nak baca hehe..

    ReplyDelete