Saturday, May 29, 2010

Silamku....


Bila Dr. Uma menyuruh aku cari "the key" keadaan aku.. aku terfikir2 apa lagi yang berlaku dalam diri aku yang aku tak nampak.. dan tak realise..

Dan untuk sekian lama aku cuba cari, aku tak sangka bahawa ia berpunca dari masalah silam antara aku dan mak abah aku sendiri... Seperti dalam blog2 lama yang aku tulis.. aku hidup dalam keadaan kesibukan kedua orang tua aku.. Dan yang aku cerita hanya pengalaman "happy" dan "fun" padaku.. Walaupun memang aku kata aku mahu cari kembali diri aku tapi aku tak pernah terfikir yang aku benar2 dapat jawapan disini.. (secara tak sengaja sebenarnya...)

Aku membuat keputusan untuk pulang ke JB kerana waktu tu aku dah tak sanggup nak makan ubat Dr. Uma. Aku beritahu Dr. Uma aku perlu pulang agar aku dapat dekat dengan family aku. Walaupun Dr. Uma berat hati tapi aku yakinkan dia aku akan cari "kunci" itu.

Di JB aku buat kepustusan untuk tidak makan ubat itu lagi.. dalam tempoh di Jb aku dampingi mak abah aku kembali.. Namun hati aku bagai ada sesuatu yang tak kena. Aku rasa segalanya bagai berpura2. Tapi aku tak dapat figure out kenapa.

Perlahan lahan... imbasan kembali... di jalan Meldrum.. huh.. dan baru aku tahu kenapa aku boleh gunakan nama itu dalam blog aku.. bukan sahaja kenangan manis tapi juga pahit.. pahit sangat2 bagi seorang anak perempuan yang dambakan kasih sayang nyata.

Zaman kecil siapa yang tak pernah nakal.. zaman kecil siapa yang tak pernah di pukul... zaman kecil siapa yang tak pernah buat silap... Tapi bukankah kesilapan itu yang mendewasakan kita.. bukankan kesilapan kita patut diperbetulkan dengan teguran dan nasihat...

Namun zaman aku buat silap di waktu kecil itu adalah zaman aku di pukul, di tampar, di heret....

Abah... aku sering meredakan hati aku dengan berkata abah bertindak begitu kerana silam abah... akibat dari penceraian yang membuat abah perlu berdikari dari kecil...yang membuat abah terpaksa pikul tanggungjawab menjaga adik dari kecik, terpaksa berlapar kerana Mak Long (Kakak Ipar abah yg perangai mcm mak tiri zaman dulu2) kunci gerobok(almari) lauk dan tak bagi abah dan mak teh makan bila balik sekolah.. terpaksa panjat pokok mangga orang untuk alas perut adik beradik, atau ambil pinggan kosong dan minta makan dari jiran sebelah yang bersimpati dengan abah dan mak teh.. atau terpaksa berlapar di sekolah dan teguk air paip menahan lapar kerana duit sejemput atuk bagi untuk sebulan dah pun habis... semua tu berlaku di usia abah muda sangat sebaya anak aku sekarang... Keperitan di tanggung sendiri dari kecil.. segalanya belajar sendiri hingga dewasa abah.. Abah kehausan kasih dan sayang...
Riza faham.. faham sangat2.

Dan sekarang riza minta mak dan abah faham.. ( walaupun hakikatnya Riza tau keegoan seorang mak dan bapa pasti akan menafikan apa yang hendak aku perkatakan) Tapi fahamkan lah...

Abah kenapa abah begitu sampai hati pukul riza sampai retak tulang tangan kiri??? Abah tak ke abah ada perasaan simpati pada Riza masa tu?? Ingat tak abah peristiwa tu?? Pernah tak abah tanya apa punca sebenarnya?? Atau abah fikir abah bertindak benar kerana "riza kurang ajar dengan mak??" Pernah tak abah faham apa yang Riza perkatakan?? Abah faham sangat ke bahasa cina yang riza sampaikan pada mak?? Dan Mak, ni ada ke cuba fahamkan apa yang Riza sampaikan pada ni masa riza bukak pintu gate tu..??

Abah tahu ke apa yang berlaku sebelum abah balik dengan mak?? sini.. biar riza ceritakan..

Petang tu Riza balik sekolah.. Riza balik lambat sikit masa tu sebab kalau tak silap Riza masa tu final rehersal dengan kawan kawan nak wakil sekolah untuk pertandingan (tak ingat apa tapi under PEMADAM Johor) Masa tu Riza rasa gembira sangat2 sebab gabungan idea dengan kawan2 akhirnya idea menmoden dikirkan lagu hijau nyanyian zainal abidin akhirnya berjaya disatukan..

Sampai je rumah.. riza tengok kereta abah tak ada.. waktu tu lebih kurang pukul 6.30 petang. duit bekal Riza dah habis, tinggal dua puluh sen dan duit Singapore 5 dollar. fikir jap lagi mesti semua sampai Riza panjat gate dan letakkan bag kat depan.. Dan panjat balik gate untuk ke kedai bawah.. apa yang boleh dibeli dengan 20 sen kalau tak sebungkus "twisties.." roti pun 50 sen.. Sampai dirumah riza tunggu lagi. kerana penat Riza baring.. beralaskan kain pelekat yang abah jemur kat ampai.. Jam 8 (riza tau sebab masa tu dengar orang sebelah bukak berita) semua tak balik2 lagi.. Perut dah makin berbunyi, Hati jadi panas sebab Riza fikir kenapa tak tinggalkan kunci kat kasut. Mana riza tau yang mak ada tinggalkan pada kasut di rak bawah dan kasut tu tersorok kedalam...

Riza ambil keputusan untuk ke kedai Rejis sebab kedai bawah dah tutup.. Di kedai tu Riza harap dengan duit singapore tu Riza boleh beli roti..Masa bayar di kaunter riza nak bayar.. owner Rejis tak nak terima duit tu.. katanya dia susah nak tukar. Riza kata tak payah ikut rate ikut je lah macam ringgit Malaysia. Tapidia tak nak juga. Riza dah lapar jadi Riza tanya lah sorang akak ni dan dia pun tak nak tukar.. Akhirnya riza balik tanpa dapat beli apa2 makanan..

Pukul 10 lebih.. (dapat agak sebab masa tu mak abah balik agak2 dalam 15 minit lepas Riza dengar orang sebelah bukak berita TV1 jam 10) semua sampai.. Masa mak bukak gate Riza cakap dengan mak dalam bahasa cina.. riza tak tengking... Riza tak pun jerit.. Tapi mungkin tonasi dalam bahasa cina agak tinggi dan pula masa tu aku benar2 lapar. Riza cuma kata " Ma.. kenapa mak tak tinggalkan kunci dalam kasut.." dan mak cakap kan ada..dan aku balas mana ada.."

Tak aku sangka hanya kata2 yang begitu setelah abah masukkan kereta, abah menerpa kat aku.. sambil kata "ko kurang ajar dengan mak ko ye.. ko kurang ajar dengan mak ko ye.. " Lalu dicapainya parang dan mengejar aku yang masa tu hanya terfikir hendak ke dapur untuk makan dan minum.. aku terkejut lalu menjerit... ttiba abah campak parang tu dan capai sebatang kayu yang abah guna untuk tutup lubang pada pintu dapur(masa tu dapur belum renovate)

Abah terus saja menghayunkan kayu tu pada aku. bila diingat2 kalaulah masa tu aku tak elak dengan tangan aku rasa aku pasti dah jadi biul..aku elak dengan mengangkat tangan kiri aku... Yang aku ingat waktu tu aku menjerit sekuat2 hati.. sakit sangat2.. aku menangis dan lari masuk bilik tanpa sempat minum air seteguk pun..

Dalam bilik aku mengigil menahan sakit.. aku pandang pada tangan aku. Ya Allah apsal tangan aku macam belon.. sakit... dan luka sikit.. tapi takkan luka boleh buat tangan aku sakit macam tu.. dalam ak menangis tu aku cari minyak urut lalu sapukan pada bengkak itu.. sakit.. dan bila aku cuba nak gerakkan... tak boleh. rasa macam nak tercabut urat tangan berdenyut sampai sakit kepala aku masa tu..Tangan aku terus besar bengkaknya...

Aku risau tangan aku terus membengkak...lalu aku mencari bandage dalam laci dan balut dan scarf pandu puteri untuk anduh tangan aku tu..malam tu aku nak keluar dari rumah.. otak aku hanya nak kerumah puo2 di jalan Ah Siang di Lumba Kuda. Bagi aku hanya puo2 je yang akan comfortkan aku masa tu.. tapi aku satu sen pun tak ada.. dan hari dah pun larut malam..

Malam tu aku tidur dalam kehausan, kelaparan, kesedihan dan paling larat adalah kesakitan..

6 pagi tu mak kejutkan aku ke sekolah.. Dan waktu tu aku dah tak boleh nak cakap elok2 lalu masa tu aku terjerkah mak.. " wo malas nak gi sekolah... " Mak mula membebel... aku naik angin.. lalu tunjuk tangan aku...mak terkejut.. pagi tu mak bagi aku RM50 untuk aku pergi ke kelinik..

Aku pergi sendiri...

Di kelinik... doktor tanya kenapa dengan tangan aku...dan aku hanya kata terkena hayunan kayu sofball...
Doktor yang bodoh... tanpa periksa..dia kata tangan aku bengkak kerana "tersalah urat" tangan aku di bandage dan di charge RM30 tanpa sebarang ubat penahan sakit. Walaupun waktu tu aku tahu badan aku sedikit dedar... mungkin reaction dari kesakitan yang amat sangat yang aku tahankan semalaman.

Dan akhirnya aku terus lupa akan kegembiraan hendak mewakili sekolah untuk pertandingan itu...

Aku ke sekolah seperti biasa dengan tangan kiri tak boleh bergerak..

Mak.. saat Riza kena pukul dengan abah kenapa mak tak halang?? Saat Riza menjerit sakit kenapa mak tak menyusul mak berapa masuk dalam bilik Riza dan tengok apa yang berlaku...??? Dan saat Riza nak ke kelinik kenapa mak tak temankan Riza...?? Mak sibuk dengan adik2 sampai Riza tak berhak untuk di jaga??

Abah.. abah tau tak berapa lama riza menanggung sakit?? abah tau tak betapa kesakitan tu sampai sekarang terasa kerana riza tak diberi rawatan sepatutnya.. abah tangan Riza retak bah... tangan Riza dah retak. dan untuk pengetahuan mak dan abah.. sebulan riza tak dapat gerakkan tangan dan sebulan juga bengkak tak surut...Lalu Riza beranikan diri untuk ke Hospital Sultanah Aminah..Riza pergi sendiri mak.. abah..

Aku di x-ray dan keputusan menunjukkan ada kesan tulang retak pada tangan kiri aku dan ada pemulihan pada tulang tu... doktor marah aku kenapa tak datang cepat ke hospital masa tu.. Mak abah bukan ke jawapan itu ada pada kalian berdua??? Doktor kata akan datang bila aku meningkat usia ... bekas retak ini akan terasa kembali sakitnya.. tapi mungkin rasa nyilu dan sengal.. dan ya benar kata doktor tu.. Memang setiap kalu aku berdepan dengan sejuk air con, atau hujan.. aku pasti rasa nyilu pada tangan kiri aku.. Siapa nak tanggung ini bah??

Abah.. fikir sejenak kembali bah even sebelum tu berapa kali yang Riza dah di perlakukan begitu?? Dipukul depan orang dan tak cukup dengan tu abah heret riza untuk dipukul lagi di dalam.. bah. sampai sekarang riza terfikir... besar sangat ke salah riza.. sedangkan orang buat jenayah pun hukuman sebat tak seteruk Riza kan sebab kemudian dia diberi rawatan..

Abah Riza ingat riza dah boleh lupakan semua tu... tapi rupa rupanya..........





2 comments:

  1. riza..bila membaca kisah ni..saya teringat kembali riza pernah bercerita tentang hal ini..tetapi tak lah detail, tak lah full version.teruskan riza...

    ReplyDelete
  2. riza... cuba ko baca pulak blog AD versi BM punya.. ada kat blog dia... belah kanan "Dr.Norzah" pun sedeh gak aku baca... mcm drama dulu dulu pun ada juga....(ni raja nih.. aku gune nama dia kekkek)

    ReplyDelete