Tuesday, May 25, 2010

Sebenarnya aku dah banyak kali cuba nak taip.. tapi setiap line yang tertera macam ada jer tak kena aku delete... jap gi aku taip lagi tak kena gaya... aku delete lagi.. apa kena dengan aku tah.. Aku rasa aku dah serap banyak sangat tenaga negatif dalam hidup aku kot... (kot..kot... dah macam biskut lak...) Aku teringat kata kata adik bongsu aku waktu aku mengalami dipressi beberapa bulan lepas.. kenapa ko nak jadi span (teringat lak spoungebob nye ketawa..hehehuhuhu) serap segala kata2 orang lain dan menyebabkan ko tertekan dan stress... Entah lar kenapa?? Dah 35 tahun and now baru ada orang yang menyedarkan aku bahawa aku dah terlalu banyak absorb kata2 orang sampai aku tak ingat tujuan dan hala tuju hidup aku... Dulu aku selalu salahkan diri aku atas apa2 aje yang berlaku pada diri aku. Aku pernah mengalami depressi serius dan aku tak tau kenapa...Dan saat aku diduga sebagai seorang isteri aku '"tersungkur" dan tak tau camner nak bangun.

2006/07 adalah klimaks ketidakseimbangan dalam hidup aku.. sedihnya aku langsung tak sedar apa yang aku sedang alami hingga aku di teman suami untuk berjumpa pakar psikitri. Ada baik dan buruknya aku berjumpa dengan pakar tu.. Dr.Uma. Dia tak cakap banyak tapi banyak dengar.. hari pertama aku berjumpa dengan Dr. Uma aku kemudian dibekalkan dengan ubat. Kerana waktu tu aku dah mengalami masalah tidur dan apa yer... cam nih... masa tu bila aku tertekan, aku akan mencari satu sudut dalam bilik kunci pintu bilik tutup lampu dan duduk disudut bilik tuh. Dan sampai satu masa aku rasa aku hantuk2 kan kepala aku pada dinding. Banyak kali kepala aku lebam, benjol, dan luka kerana perlakuan luar kawalan aku... Aku terfikir gak sekarang nih kenapa aku tak rasa sakit. Kemudian aku baru faham... "aku hantuk kepala kerana aku lebih rasa sakit dalam jiwa yang orang lain tak nampak, dan aku berharap dengan melakukan tu "sakit" tu akan keluar dari jiwa ni.. Kemudian juga baru aku tahu sebenarnya aku mengalami "sakit" dan orang sekeliling aku langsung tak sedar kerana aku rasa semua nampak aku begitu sihat... Aku bertanya pada Dr. Uma kenapa aku boleh jadi macam tu?

Dr. Uma kata apa yang berlaku pada diri aku bukan kerana dugaan sebagai isteri tu.. tapi lebih pada peristiwa silam. Dr. Uma kata untuk aku pulih perlu masa.. kerana aku perlu buka kembali pintu lama yang sebenarnya aku sendiri yang tutup dan kuncinya aku campak tah kemana.. Maknanya peristiwa dugaan aku di alam perkahwinan aku ni cuma trigger point sahaja... Habis apa sebenarnya yang aku "tutup" selama ini? Aku pulang dengan seplastik ubat..

Malam tu aku makan Xanax dan satu lagi ubat kesip yang aku lupa namanya, Ya Allah azabnya aku rasa... badan aku dalam keadaan tak tentu arah.. aku rasa mengantuk sangat2 tapi aku tak dapat tidur.. aku cuba rehatkan badan aku tapi badan aku tak dapat rehat.. duduk salah baring pun salah... sandar salah tonggeng pun salah... mata dah nak tertutup dah nih... tapi badan ni tak nak tidur.. bagai berlawan akal dan badan aku.. Seminggu aku alami masalah tu.. dah minggu seterusnya aku dah rasa reda.. dan boleh tidur dengan lena...

Dan dalam tempoh sebulan aku gain weight sebanyak 7kg.. mendadak sampai seluar jeans aku "ternganga" tak berzip setiap kali pakai jap...sok sambung ok... hehehe almaklumlah dah nak amik anak nih

1 comment:

  1. riza... syok aku baca blog ko.... jap -dr uma yg ko maksudkan tu psych****t ek? aku mcm kenal sbb some of my clients pun aku refer kat dia juga. bagus laa mcm tuh.. ko ... bila ko tulis blog ni, its a therapy tau.... keep in writing ek (raja ni..bukan Ad keekke)

    ReplyDelete