Monday, January 25, 2010

Al Fatihah...

Al Fatihah
Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
Terdahulu aku nak mintak ampun dan maaf andaikata aku tidak patuhi protokol sepatutnya bagi menulis hal berkaitan keluarga diraja ini. Namun hati aku benar2 ingin berkongsi cerita aku.
Semasa terdengar berita bahawa Sultan Johor gering dan berada di hospital Pakar Puteri, respon pertama aku sebenarnya rasa nyilu.. Ye nyilu sebab disitulah juga aku dimasukkan ke dalam wad dan di laser akibat batu karang. Sampai sekarang terasa..
Aku masa tu tak berapa terkejut. Sebelum tu pun kalau tak silap aku dengar Sultan Kelantan pun gering. Jadi masa tu aku fikir "He must be in good hands" Almaklum lah doktor2 Pakar Puteri pun bukan calang2 doktor. Tak mungkin akan mengabaikan kesihatan Sultan.
Kebetulan hari tu mood aku memang "kureng" sikit sebab hari tu merupakan hari ulangtahun pemergian mendiang puo2 aku. Dalam aku melayan siaran TV3 tiba2 dalam pukul 11 aku terkejut ada pula Berita Terkini. Apahal lar..pulak tiba2 ada berita terkini malam2 buta nih..Tiba2 aku lihat pemberita memakai baju serba hitam . Terus aku teringat akan berita pagi tadi yang Sultan Iskandar ada dalam hospital..Alamak biar betul...
Doktor tak akan dapat melawan takdir.. Itu hakikat. YAB MB Johor memaklumkan kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Sedihnya...
Esoknya pagi2 lagi aku pasang TV dan ikuti siaran langsung upacara pemakaman. Dari mula hingga habis bacaan talkin. Sayu hati bila cameraman shot wajah Tengku Ibrahim. Bagai menahan sebak. `
Sebak juga bila anak cucu Almarhum bertungkus lumus bersama2 memakamkan jenazah. Kerabat diraja "bermain tanah", "bermandi peluh" kuyup. Tapi kasih dan sayang mengatasi darjat dan kedudukan. Contoh terbaik buat mereka yang ""kaya" harta tanpa "kaya" perasaan yang sanggup buang ibubapa.
Dalam meyaksikan upacara pemakaman di TV, terkenang aku akan pengalaman diriku sebagai rakyat biasa dengan Almarhum Sultan.
Rasanya pernah sekali aku nampak Almarhum "live" tu pun dari kejauhan. Masa tu aku memasuki pertandingan lukisan di Taman Bunga Istana. Waktu tu aku tak ingat sempena sambutan apa. Cuma ingat pergi dengan Donna Tan. Rakan sekolah aku. Adik aku Razalee pun ada turut serta waktu tu.
Satu kenangan aku dulu ialah bila Almarhum ditabal menjadi Yang Dipertuan Agung. Waktu tu aku berada di sekolah rendah. Berjalan dari Convent ke tepi laut (thanks Doly ingatkan hihi). Sikit pun tak rasa penat. Mau nak ingat atau rasa penat sebab..waktu berjalan dok potpet2 dengan rakan2. Sampai di sana cikgu berpesan" Kalau Agung lalu nanti lambai dengan bendera.. lepas tu jerit Daulat Tuanku" Tapi Almarhum Sultan waktu tu belum lagi lalu kami dah melambai2kan bendera. Teruja betul waktu tu. Walaupun hakikatnya waktu tu aku tak berapa faham betapa bertuahnya aku dapat menyaksikan saat bersejarah tu. Dan bila nampak kenderaan rasmi Almarhum Sultan lalu depan je semua dok jerit "Daulat Tuanku..Daulat Tuanku.." Macam nak terkeluar anak tekak masing2. Tapi masa tu siapa kisah.. seronok bukan main..Walaupun hanya sekali lalu tapi itulah kenangan...
Lepas hari itu, pos mengeluarkan Setem Petabalan Yang di Pertuan Agung. Gambar Almarhum Sultan dari sisi. Segak. Bila ada surat yang bersetemkan Almarhum Sultan apa lagi aku cepat2 gunting dari sampul dan rendamkan. Hingga kini setem itu ada dalam koleksi aku..
Abah banyak kenangan bersama Almarhum Sultan. Abah pernah disuruh lukiskan celoreng pada topi Almarhum. Kata abah mengigil aku mengadap Sultan. Huh.. kalau aku mau tak tercabut tempurung lutut ni. hehe..Abah banyak kali jumpa Almarhum Sultan. Salah satunya waktu pameran lukisan diMAWAR Johor. Almarhum datang bersama Sultanah. Abah siap menerangkan perihal lukisan yang abah lukis.. Aku tumpang bangga bila tengok gambar abah bersama Almarhum Sultan juga bersama Sultanah.
Mak abah cakap, keluarga diraja kita ni peminat seni. Terutamanya menantu Almarhum, YAM Raja Zarith Sofia. Secantik wajah YAM, secantik tu hasil seni lukisannya. Dalam satu koleksi buku2 lukisan Pelukis2 Johor, ada satu gambar lukisan YAM. Cantik..bukan main.. Gambar potret Tengku Ibrahim. Jangan tak tau.. Tengku Ibrahim adalah antara kerabat2 diraja yang paling "handsome" Raut wajah Tengku yang berjambang kemas sentiasa mengamit jelingan gadis2 waktu tu. Malah gandingan pasangan "sama cantik sama sepadan" ini, dah diturunkan pada anakanda2 baginda berdua. Kacak dan berkebolehan.
Sayang.. dalam pada kerabat diraja dan rakyat jelata bersedih, ada pula yang cuba menyakiti hati semua. Tidak kah dia ingat rukun negara...Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara. Kerabat raja juga manusia. Ada hati ada perasaan. Siapa dia nak hina Almarhum Sultan?? Andai yang pergi itu bapanya dan orang lain menghina.. pasti dia akan mengamuk.. Jangan lupa segala kebaikan yang Almarhum Sultan pernah laksanakan.
Seingat aku dari kecil aku dah diajar sayang pada Sultan. Ingat lagi waktu kecil bersama abah mak dalam kereta, bila dengar je siren polis berbunyi pasti abah dan kenderaan lain ketepikan kenderaan masing2 dibahu jalan, berhenti dan beri laluan buat Almarhum Sultan. Kata abah kita kena buat macam tu. Hormat pada Sultan kita. Tapi sayang kenapa generasi sekarang dah lupa akan itu. Apakah tidak diingat oleh ibubapa mereka.
Yang lucunya waktu itu walaupun cuma nampak kenderaan rasmi Almarhum Sultan tapi bangga bukan main.. nampak kereta bagai nampak Sultan depan mata. Tengah2 tertidur dalam kereta boleh bangun nak tengok. Apakah agaknya ada perasaan yang sama dalam hati generasi sekarang ni..?? I wonder....
Yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti... Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar menggantikan Almarhum Ayahanda Sultan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Terdetik dalam hatiku, dalam kesedihan pemergian Almarhum ayahanda, Baginda menggantikan tempat Almarhum sebagai Sultan. Suatu perkara yang sepatutnya gembira. Memang anak raja dilahirkan berjiwa kental.
Daulat Tuanku..Daulat Tuanku.. Daulat Tuanku..
Moga Allah permudahkan urusan Tuanku dalam mentadbir Johor Darul Takzim. Semoga Allah kurniakan Tuanku dengan kesihatan yang baik dan kebahagiaan buat Tuanku sekeluarga... Amin...
"My Johor, My Pride.. Johor is My Home, I'm proud to be Johorean...."
p.s: Sekali lagi maaf andai ada silap salah.. sb takut gak kena banned huhu..
Ikhlas dari "aku"

No comments:

Post a Comment