Gambar ni aku snap2 dari Restoran Nasi Beriani Gam Taman Dahlia. Johor Bahru tahun1972..Lama tuhh.. Aku pun tak wujud lagi..Tapi dari gambar nih banyak kenangan yang aku dapat "refresh" kembali.
Jejantas yang ada tuh adalah jejantas yang menghubungi Flat Lumba Kuda dan Pasar Lama. Boleh dikatakan masa time aku kecik2 jejantas ni hubungi 2 pasar. Pasar besar (bangnan segiempat tuh) dan pasar Lumba kuda. (tak nampak dalam gambar nih) Aku ingat sebab kalau aku tidur rumah puo2, pagi2 sebelum ke kedai puo2 akan ajak aku makan taufufa kat pasar kecik Lumba Kuda tuh. Bawah jejantas itu adalah landasan KTM. Dan aku rasa dalam gambar nih bangunan KTM lama JB tu masih belum ada kut?? emm.. nanti aku cuba tanya abah aku.. (Johorean tulen tuh..) Kalau siapa2 yang perasan bila lalu di jalan antara KTM dan City Square pasti ada jejantas tu. Dah elok dah.. Dulu struktur tu kau dan besi je..
Aku rindu pasar lama. banyak aktiviti kat sana. Dan ia merupakan salah satu pot aku merayau, mungkin kerana aku amat suka perhatikan gelagat manusia. Seronok tengok orang jual beli. Salah satu yang aku ingat peniaga pasar dulu suka gantung "cash machine" dia orang dengan satu tali.. Lar.. bukan cash machine cam sekarang ni... Dulu pakai baldi kecil di ikat dengat tali. Pas tu ble tarik tolak ke atas ke bawah.. Kira2 pun pakai "sua pua"(suan pan) Culculator dulu2.
Dari Jalan Meldrum aku berjalan kaki berbekalkan beberapa ringgit dalam poket (puo2 aku bagi). Singgah di gerai2 tepi jalan sebelum masuk ke kawasan pasar, aku beli otak2. Harga masa tu kalau tak silap 15 atau 20 sen je. Kalau sekarang ni otak2 semuanya pedas.. dulu masa aku kecik aku tak berapa reti makan pedas.. Mau tak nya dari kecik puo2 dan mak selalunya masak style cina.. plain but nice.. Jadi bila aku beli otak2 masa tu aku suka pilih otak2 "putih". Nama yang aku beri bagi otak2 yang langsung tak ada cili dan warnanya pun putih susu.. Sedap.. tapi sekarang ini macam dah pupus pulak..Tak pernah nampak. Selain otak2 Kempas (Kempas- salah satu kawasan di Johor Bahru) yang terkenal kat JB nih aku tak pernah nampak otak2 putih tu lagi.. Emm I wonder apsal dipanggil otak2 Kempas ye, .. sampai KL aku perasan, asal perkataan otak2 je mesti ada kempas kat belakang. Dan bila tanya tu stok dari Kempas ke? katanya tak.. emm....Sendiri yang buat letak lar nama sendiri kan macam otak2 Pak Bo ker.. Mak Tak ker.. Ini Kempas gak yang dapat nama..
Kadang2 kesian juga tengok anak2 aku yang suka makan otak2 tapi berpeluh2 menahan pedas.. Kalau otak2 putih tu ada lagi mesti jadi kegemaran anak2 aku, kan anak2..?? ;)
Balik pada hal pasar. Dari kecik aku tak pernah rasa jijik masuk pasar.. Lain betul dengan anak2 aku. Kalau masuk pasar kaki mcm tak nak jejak bumi.. selagi boleh dijengket sampai ke hujung2 kaki selagi tu dia jengket...aku dulu redah aje.. tau balik cuci kaki.
Kat pasar ada satu kedai jual ikan hiasan. dan bila aku pergi pasar pasti aku akan singgah untuk "menziarah kawan2" aku tuh.. Tuan kedai macam dah tau aku punya perangai. Suka tengok tapi tak beli. Tak macam sekarang asal tak beli je mata dah pandang semacam muka mencuka.. Tuan kedai dulu siap beri info2 pasal ikan2 yang dia jual..
Kadang2 pulak mak ajak aku ke pasar. Ikut mak ke pasar paling aku tunggu2 sebab mak selalunya akan belanja aku makan ais kacang sebelah kedai ikan hias tu.(time tu lar boleh manja2 hihi ;P) Mungkin orang luar dari JB tak tau yang ais kacang JB sebenarnya tak ada aiskrim. Ais kacang JB selain dari bahan yang asas, ais, sirap merah, susu manis,kacang merah, cincau, jeli hijau dan jagung ais kacang JB ada koko. Serbuk koko di kacau dengan sedikit air dan dipekatkan macam tekstur susu pekat manis, dan dicurahkan akhir sebelum dihidang.. yumm... (aku nih dah la "hantu choco")
Satu lagi mak akan minta "char kue"(you tiau) bakar. Macam tahu bakar juga cuma bezanya yang dihidangkan adalah char kue dan macam tahu bakar, dicurah dengan kuah petis pekat dan di tabur kacang tumbuk. Sehingga sekarang.. kalau aku order ais kacang di JB pasti ada char kue bakar. Macam Mr. n Mrs. Smith.. ;P.....
Kadang kala aku fikir, banyak juga yang hilang dek perubahan zaman.. dalam tak sedar banyak yang dah tak ada... Terutamanya makanan. Bagi aku makanan yang aku makan dulu sedap2 belaka. Mungkin peniaga dulu tak banyak pesaing. Jadi masing2 mempunyai speciality tersendiri. Malah roti bakar pun ada pot paling sedap.. Insya Allah lain kali ada masa aku cerita lagi..
Sekarang ni, aku yang bergelar anak Johor sendiri boleh sesat di tempat aku dibesarkan.. Pembangunan banyak merampas dan cuba memadamkan memory aku pada tempat aku dibesarkan. Kawasan yang dulu dikenali Pasar Lama sekarang dah diganti dengan City Square. Jalan Wong Ah Fook pun dah banyak berubah wajah.. Sungai Segget yang "wangi" pun dah di"plastic surgery" kan.. ada kebaikan juga paling tidak.. orang kata "dah cantik..."
Tapi bagi aku kenapa kerajaan tak simpan khazanah yang ada.. bangunan2 di Jalan Meldrum banyak unsur2 bangunan lama. Dek kerakusan pembangunan segala yang orang lama tinggal kan dah ditutupi dengan "Meldrum Walk" yang akhir nya jadi pot orang mabuk dan pelacuran. Apa beza nya dengan dulu?? dari bazir duit kerajaan juta2 dan akhirnya jadi macam tu, kan baik kekalkan bangunan tuh dan cari sejarahnyua dan promosikan sebagai tempat pelancongan. Alang2 menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang2 nak cantikkan bandar JB biarlah jadi pujian dan kebanggan orang JB. Cantik di luar buruk didalam apa gunanya.
Kalau nak tau dulu masa salah satu bangunan lama diruntuhkan untuk bina bangunan baru, orang banyak jumpa artifek2 lama. Mak ada simpan bekas"opium". Aku rasa pasti dulu kawasan itu terkenal di kalangan pedagang cina.. Mana ahli sejarah kita ye..??
Sayang.. segalanya dah berubah.. nasi dah jadi bubur.. siapalah aku nak ubah akal "pandai" orang. Apa yang pasti tanah yang aku dan kau pijak di Johor Bahru ni banyak artifek2 purba... zaman pedagang dulu.. (dah pas nih jangan lar pulak dok korek2 tanah JB nih.. silap2 nak kemana semua jalan kaki, kereta x lepas, jalan berlubang2)
Emm.. nanti kalau aku ingat aku balik rumah mak dan ambil gambar artifek tu.. Pastu aku upload bagi korang tengok ok.. :)
Alamak cerita makan2 nih perut dah mintak tolong dah nih.... "key-off" dulu ler ye...
Monday, January 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
oooooo riza how i missed so much "OLD" JB town...bus stand yg salu tempat aku tggu bas balik dari sekolah or dari singapore, pasar yang bapak aku penah meniaga ikan kat situ, gerai2 makan yg ramai orang kelante meniaga, ada putu piring, ada putu bambu.....owhhhh (rasa mcm tualah pulak) hahahahhahah....chindo
ReplyDeleteYe..ye ..ye.. putu piring n bambu..best nye... aku ingat lg selalu balik sekolah saing ko mesti lalu pasar lama ni kan. Rindu hiruk pikuk JB lama.. Lalu CT Square skrg nih aku rasa mcm alien in the town.. janggal ko.. huhuhu
ReplyDeletepasar baru kat area pasar tu pun best... macam macam ada kekekkekekekee
ReplyDeletedulu aku tadika di lumba kuda, balik dari tadika, mak aku dukung aku lalu jejantas dekat depan pasar tu.... teringatt kenangan dulu, mcm nk reverse je memori tu... serious, aku sokong dgn korang sume, rindu beb
ReplyDeleteI used to have this Postcard. But I lost it.
ReplyDeleteSaya lahir 1968. Tinggal di JB sejak 1979. Flat bkt Chagar sejak 1983. Gambar ini mmg mengamit kenangan melalui jenjabat JB-Bkt Kuda, Rex-Lido, Pasar, Round Table.
Terimakasih kerana sharing.
ais kacang best in the world di bazar bulat tu.tak lupa pada jamil (makan gaji) yg berniaga apam balik kat situ.
ReplyDelete...address kat surat beranak aku alamat flat lumba kuda ni la....pindah keluar dari flat ni tahun 1986....memang tak boleh lupa kenangan membesar kat flat ni.....ada satu aney jual roti canai kat sebelah uncle jual tau fu fa tu...roti canai 30 sen...roti telur 60 sen...tapi kalau bawak telur sendiri dari rumah dia kira 30 sen jer.....sekarang pi mamak try la buat macam tu.....HA HA HA.....thanx for the trip BTW Riza.....eh?..sama lak nama kita kan?...HA HA HA...
ReplyDeleteSalam. Tinggal Lumba Kuda Blok mana?
DeleteSudi-sudi la ke Group ex-resident of Flat Lumba Kuda di FB. See you bro..
W'salam......dulu tinggal blok D...No. 16, Tingkat 3, Blok D.....depan umah Uncle Ah Poh (Cameraman)......Group ex-Resident?....dah join dah der... :)
Deletesekarang tempat tu jadi apa?
ReplyDeleteRiza, mohon izin utk gunakan gambar lama JB ini utk my next book. Terima kasih.
ReplyDelete