Selak2 diary dan note kan hari2 penting dalam tahun 2010. Sehari lepas hari lahir suami aku adalah ulangtahun pemergian puo2.. Bagaikan baru semalam saja berlalu dan kesedihan dalam hati ini belum pun reda. 22 Januari setiap tahun akan datang aku akan kenangkan Puo2.
Rindu bau badan puo2. Dan rasa menyesal kerana tidak simpan baju puo2 waktu aunty Kui Lian menanyakan sama ada aku mahukan baju itu untuk kenangan. Malam selepas pulang dari KL setelah selesainya majlis persandingan Zalee, aku bermimpi..
Puo2 datang pada aku, cantik.. macam rupa dia masa di Jalan Meldrum. Aku panggil "puo.." dia tak sahut.. tapi dia senyum pada aku.. gerak hati aku kata puo2 gembira sangat. Muka dia pun nampakkan dia gembira. Tanpa berkata dia terus je berlalu pergi.. (Huh puo2 ni pun... kalau ye pun story2 lar dulu.. kan kan..kan..Tak paham2 yang orang rindu kat dia..)
Terjaga dari tidur aku dalam pukul 3 pagi.. Aku terfikir.. apa yang puo2 gembira kan ye?? Lalu hati aku berkata.. puo2 pastinya gembira kerana cucunya yang dia besarkan dulu , yang masakkan bubur beras perang untuknya,dah pun mendirikan rumah tangga. Puo2 gembira sebab mak gembira terima menantu lagi dan puo2 gembira sebab keluarga aku gembira.. Puo2 gembira tengok cucu nye, mamie (Razimee) gembira bersama bandnya, memnyanyi untuk abangnya, bersama2 teman wanitanya.
Puo2 gembira bila tengok cucunya Yeng2 ( Kin Lee ) makin matang dan cantik dan tak lama lagi Insya Allah akan turun jejak langkah Zalee ( Razalee ) mendirikan rumahtangga, puo2 gembira bila tengok anak2 cucu2 dan cicit2 nya berkumpul... Malah mungkin puo2 dapat lihat cucu2 yang lain yang x sempat datang hari itu dah pun ada haluan hidup, Meici (Lee Meigi) dah hampir tamat belajar selepas harugi pelbagai dugaan hidup, dan ada teman lelaki yang sangat manja dan sayangkan dia, Siong2 (Lee Choon Siong) pula mempunyai kerjaya di Korea. Ya.. patut pun puo2 gembira...Cuma sayang puo2 gembira hanya dalam mimpi aku.. Mungkin kegembiraan itu hanyalah realiti yang berbunga dalam diri aku. Apa yang pasti andai puo2 masih ada dia pasti.. aku yakin pasti gembira.. hari itu... Puo2 wo hen siang ni...
In Memory... dearest Puo2, Kwok Chye Yek RIP...
Wednesday, January 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment