Wednesday, May 26, 2010

Sambung daa.... :P


Ok sebelum ni aku cerita pasal "azab" ku makan ubat priskirpsi Dr. Uma.. Berat badan naik 7 kg bukan sesuatu yang menyeronokkan bagi aku.. ( Oh ye lupa nak bagi tau.. masa tu aku tinggal kat Putra Perdana Puchong..Kata orang tempat "jin bertandang" hihihi :P)


Sebenarnya kenaikan berat badan menyedarkan aku yang "sakit" aku perlu ada penyelesaian segera.. dan aku tak mahu selamanya atau paling tidak dalam rawatan tu membuatkan aku jadi "big fat mama" hanya kerana ubat yang diberi. Dan aku tak mahu bergantung kepada ubat semata untuk pulih dan aku tak nak tah apa2 kimia ynag aku kena telan dan polute organ dalam badan aku nih...Dan aku sedar dari apa yang Dr. Uma yang aku perlu "find the key to open up the door.." segalanya depend pada aku dan diri aku.. dan aku perlu mulakan "journey" itu.. Dan kalau nak tahu kerana itulah aku menulis blog ini..Blog ini adalah time tunnel bagiku untuk ungkaikan kembali segala yang dah terbelit dan serabut selama 35 tahun....


Akhirnya aku membuat keputusan untuk kembali ke Johor Bahru. Pada mulanya aku ingat maybe I'm back for good... (thats what i told everyone..) Aku ingat aku boleh settle down di "kampung" aku sendiri... Dan aku juga fikir dengan kembalinya aku ke Johor Bahru aku akan pulih kembali.. Entah kenapa aku rasa kelakar.. lak.. (jap.. biar aku gelak jap..hahahaha..., okey dah.. sambung balik...) Agaknya korang apa yang aku gelakkan kan..kan..kan..??? Entah..aku rasa kelakar sebab aku baru sedar yang aku ni cuba lebih2 dari Tuhan lak.. you know.. macam aku tau sangat yang "ok.. things will SURE be fine once I'm in JB..I'm sooo damn sure all will be ok.." HELLLOwww.. wake up RIZA.. nothing is 100% sure in your life.. don't know about others... tapi hakikatnya kalau aku betul2 sure apa yang akan berlaku dalam hidup aku, aku sure boleh tahu tarikh kematian aku.... so that aku boleh bersedia kan.. kan.. kan.. or maybe lari dari mati.. "cheating death" bak kat "ong poteh"But who can?? Sape boleh?? Giler lah kalu dia kata boleh..( mesti terlepas dari Tanjung Rambutan or Tampoi ) Beh tuh Tuhan dia nak letak kat ner??


Kat JB akhirnya aku faham kunci yang perlu aku cari. Dan akhirnya aku sedar bukan diri aku yang jadikan aku begini.. dan bukan aku juga yang mahu semua ni berlaku pada diri aku. Aku sedar apa yang bakal aku tulis selepas ini pasti kan lukakan hati mereka2 yang paling rapat dan dekat dengan aku dengan aku.. Tapi aku dah bersedia hadapi apa jua yang akan dihamburkan pada aku.. Walau apa pun yang hendak mereka hamburkan padaku satu persoalan yang aku mahu mereka fikirkan.. apakah kalian berada dalam posisi aku? Dan apakah kata2 kalian pernah sedikit pun jaga perasaan aku sebagaimana aku perlu lakukan untuk kalian??


Andai luka jua.. aku minta maaf.. andai putus jua aku hanya boleh katakan itu takdir buatku.. Aku dah buat yang terbaik dan aku dah tak larat buat terlebih baik dari apa yang boleh aku jangkau. Ya Allah.. Kau jua yang tahu siapa aku...


2 comments:

  1. what happened to you riza...?sharing is caring

    ReplyDelete
  2. I share because I care :) If nak tau baca lah lagi ok.. yang baik datang dari Allah yg silap tuh biasa lar kan.. aku hanya manusia super biasa.. hehe selamat membaca...

    ReplyDelete