Saturday, May 29, 2010

Knots...


Knots.. Simpulan...

Andaikata simpulan itu adalah hasil kerja tangan sendiri.. macamana silap dan salah.. kita pasti tahu macamana nak leraikan kembali..

Tapi kalau dah bersimpul bergumpal dan bergulung2 dan hasil kesilapan "tangan" orang lain..apakah ia mudah untuk di leraikan.. ya .. boleh aku tak kata tak boleh.. kerana bagi aku hanya orang putus asa sahaja yang kata tak boleh.. setahu aku aku tak pernah putus asa dalam hidup aku lagi.. aku belum pernah nak defeat..

Sebelum tuh aku nak bagi tahu segala yang aku nak ungkaikan bukan untuk mintak simpati.. Aku tak mahu di simpati tapi aku mahu ini jadi pengajaran dan ingatan pada siapa2 sahaja yang baca (tuh pun kalau ada pengajaran..huhu ;P ) Kerana aku dah berada di peringkat dimana aku sudah meleraikan knots atau simpulan hidup aku.. aku cuma nak bagi credit pada diri aku.. kerana aku berjaya akhirnya meleraikan simpulan tu..

Cuma... sekarang ni.. bagaimana nak simpulkan balik supaya ia nampak cantik.. dan boleh di banggakan.. (bukan nak riak tau.. cuma kepuasan hati dan hidup sendiri)..

Kerana hidup tanpa simpulan itu bukan hidup.. hidup tanpa simpulan itu bagaikan mayat yang tunggu mana nak reput..

Cuba fikirkan.. kata orang.. hidup bagaikan putaran roda sekejap naik kejap turun... tapi bagi aku ungkapan tu tak nyata... sebab kalau hidup ni umpama putaran roda manusia sure akan hidup kemudian mati kemudia hidup semula bila posisi dia kembali ke atas.. betul tak.. (tolong betulkan kalu salah arr...)

Sebab tu bagi aku,

" Hidup umpama tali yang membentuk simpulan...naik dan turun lalu dibentukkan menjadi satu simpulan berbagai bentuk...Andai "menjadi" sekali bentuk dah jadi bentuk yang diingini.. andai tidak.. bergumpal gulung lah ia.. dan masa tu bersabarlah untuk meleraikan kembali kerana setiap kita hanya ada satu tali itu...(tak sama panjang lak tuh...) Dah terlerai bentukkanlah kembali... kerana sampai masa bila tali tu da sampai hujung nya( paling tak pun.. reput) sama ada jadi atau tidak simpulan kita pasti akan "kehabisan" tali untuk di ikat....."

Well... aku rasa aku dah ready untuk cerita...dan selepas ini pandanglah aku dengan rasa lega kerana I manage to pull myself up... dan bukan pandangan bersimpati apa lagi menghina... walaupun aku sedar aku tak dapat kawal akal dan perasaan manusia...but paling tidak doakanlah kesejahteraan aku dan agar aku dapat idea untuk menreka simpulan aku tu... :)

No comments:

Post a Comment