Monday, January 25, 2010

Al Fatihah...

Al Fatihah
Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
Terdahulu aku nak mintak ampun dan maaf andaikata aku tidak patuhi protokol sepatutnya bagi menulis hal berkaitan keluarga diraja ini. Namun hati aku benar2 ingin berkongsi cerita aku.
Semasa terdengar berita bahawa Sultan Johor gering dan berada di hospital Pakar Puteri, respon pertama aku sebenarnya rasa nyilu.. Ye nyilu sebab disitulah juga aku dimasukkan ke dalam wad dan di laser akibat batu karang. Sampai sekarang terasa..
Aku masa tu tak berapa terkejut. Sebelum tu pun kalau tak silap aku dengar Sultan Kelantan pun gering. Jadi masa tu aku fikir "He must be in good hands" Almaklum lah doktor2 Pakar Puteri pun bukan calang2 doktor. Tak mungkin akan mengabaikan kesihatan Sultan.
Kebetulan hari tu mood aku memang "kureng" sikit sebab hari tu merupakan hari ulangtahun pemergian mendiang puo2 aku. Dalam aku melayan siaran TV3 tiba2 dalam pukul 11 aku terkejut ada pula Berita Terkini. Apahal lar..pulak tiba2 ada berita terkini malam2 buta nih..Tiba2 aku lihat pemberita memakai baju serba hitam . Terus aku teringat akan berita pagi tadi yang Sultan Iskandar ada dalam hospital..Alamak biar betul...
Doktor tak akan dapat melawan takdir.. Itu hakikat. YAB MB Johor memaklumkan kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Sedihnya...
Esoknya pagi2 lagi aku pasang TV dan ikuti siaran langsung upacara pemakaman. Dari mula hingga habis bacaan talkin. Sayu hati bila cameraman shot wajah Tengku Ibrahim. Bagai menahan sebak. `
Sebak juga bila anak cucu Almarhum bertungkus lumus bersama2 memakamkan jenazah. Kerabat diraja "bermain tanah", "bermandi peluh" kuyup. Tapi kasih dan sayang mengatasi darjat dan kedudukan. Contoh terbaik buat mereka yang ""kaya" harta tanpa "kaya" perasaan yang sanggup buang ibubapa.
Dalam meyaksikan upacara pemakaman di TV, terkenang aku akan pengalaman diriku sebagai rakyat biasa dengan Almarhum Sultan.
Rasanya pernah sekali aku nampak Almarhum "live" tu pun dari kejauhan. Masa tu aku memasuki pertandingan lukisan di Taman Bunga Istana. Waktu tu aku tak ingat sempena sambutan apa. Cuma ingat pergi dengan Donna Tan. Rakan sekolah aku. Adik aku Razalee pun ada turut serta waktu tu.
Satu kenangan aku dulu ialah bila Almarhum ditabal menjadi Yang Dipertuan Agung. Waktu tu aku berada di sekolah rendah. Berjalan dari Convent ke tepi laut (thanks Doly ingatkan hihi). Sikit pun tak rasa penat. Mau nak ingat atau rasa penat sebab..waktu berjalan dok potpet2 dengan rakan2. Sampai di sana cikgu berpesan" Kalau Agung lalu nanti lambai dengan bendera.. lepas tu jerit Daulat Tuanku" Tapi Almarhum Sultan waktu tu belum lagi lalu kami dah melambai2kan bendera. Teruja betul waktu tu. Walaupun hakikatnya waktu tu aku tak berapa faham betapa bertuahnya aku dapat menyaksikan saat bersejarah tu. Dan bila nampak kenderaan rasmi Almarhum Sultan lalu depan je semua dok jerit "Daulat Tuanku..Daulat Tuanku.." Macam nak terkeluar anak tekak masing2. Tapi masa tu siapa kisah.. seronok bukan main..Walaupun hanya sekali lalu tapi itulah kenangan...
Lepas hari itu, pos mengeluarkan Setem Petabalan Yang di Pertuan Agung. Gambar Almarhum Sultan dari sisi. Segak. Bila ada surat yang bersetemkan Almarhum Sultan apa lagi aku cepat2 gunting dari sampul dan rendamkan. Hingga kini setem itu ada dalam koleksi aku..
Abah banyak kenangan bersama Almarhum Sultan. Abah pernah disuruh lukiskan celoreng pada topi Almarhum. Kata abah mengigil aku mengadap Sultan. Huh.. kalau aku mau tak tercabut tempurung lutut ni. hehe..Abah banyak kali jumpa Almarhum Sultan. Salah satunya waktu pameran lukisan diMAWAR Johor. Almarhum datang bersama Sultanah. Abah siap menerangkan perihal lukisan yang abah lukis.. Aku tumpang bangga bila tengok gambar abah bersama Almarhum Sultan juga bersama Sultanah.
Mak abah cakap, keluarga diraja kita ni peminat seni. Terutamanya menantu Almarhum, YAM Raja Zarith Sofia. Secantik wajah YAM, secantik tu hasil seni lukisannya. Dalam satu koleksi buku2 lukisan Pelukis2 Johor, ada satu gambar lukisan YAM. Cantik..bukan main.. Gambar potret Tengku Ibrahim. Jangan tak tau.. Tengku Ibrahim adalah antara kerabat2 diraja yang paling "handsome" Raut wajah Tengku yang berjambang kemas sentiasa mengamit jelingan gadis2 waktu tu. Malah gandingan pasangan "sama cantik sama sepadan" ini, dah diturunkan pada anakanda2 baginda berdua. Kacak dan berkebolehan.
Sayang.. dalam pada kerabat diraja dan rakyat jelata bersedih, ada pula yang cuba menyakiti hati semua. Tidak kah dia ingat rukun negara...Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara. Kerabat raja juga manusia. Ada hati ada perasaan. Siapa dia nak hina Almarhum Sultan?? Andai yang pergi itu bapanya dan orang lain menghina.. pasti dia akan mengamuk.. Jangan lupa segala kebaikan yang Almarhum Sultan pernah laksanakan.
Seingat aku dari kecil aku dah diajar sayang pada Sultan. Ingat lagi waktu kecil bersama abah mak dalam kereta, bila dengar je siren polis berbunyi pasti abah dan kenderaan lain ketepikan kenderaan masing2 dibahu jalan, berhenti dan beri laluan buat Almarhum Sultan. Kata abah kita kena buat macam tu. Hormat pada Sultan kita. Tapi sayang kenapa generasi sekarang dah lupa akan itu. Apakah tidak diingat oleh ibubapa mereka.
Yang lucunya waktu itu walaupun cuma nampak kenderaan rasmi Almarhum Sultan tapi bangga bukan main.. nampak kereta bagai nampak Sultan depan mata. Tengah2 tertidur dalam kereta boleh bangun nak tengok. Apakah agaknya ada perasaan yang sama dalam hati generasi sekarang ni..?? I wonder....
Yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti... Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar menggantikan Almarhum Ayahanda Sultan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Terdetik dalam hatiku, dalam kesedihan pemergian Almarhum ayahanda, Baginda menggantikan tempat Almarhum sebagai Sultan. Suatu perkara yang sepatutnya gembira. Memang anak raja dilahirkan berjiwa kental.
Daulat Tuanku..Daulat Tuanku.. Daulat Tuanku..
Moga Allah permudahkan urusan Tuanku dalam mentadbir Johor Darul Takzim. Semoga Allah kurniakan Tuanku dengan kesihatan yang baik dan kebahagiaan buat Tuanku sekeluarga... Amin...
"My Johor, My Pride.. Johor is My Home, I'm proud to be Johorean...."
p.s: Sekali lagi maaf andai ada silap salah.. sb takut gak kena banned huhu..
Ikhlas dari "aku"

Monday, January 18, 2010

Bando Johor Bahru....

Gambar ni aku snap2 dari Restoran Nasi Beriani Gam Taman Dahlia. Johor Bahru tahun1972..Lama tuhh.. Aku pun tak wujud lagi..Tapi dari gambar nih banyak kenangan yang aku dapat "refresh" kembali.

Jejantas yang ada tuh adalah jejantas yang menghubungi Flat Lumba Kuda dan Pasar Lama. Boleh dikatakan masa time aku kecik2 jejantas ni hubungi 2 pasar. Pasar besar (bangnan segiempat tuh) dan pasar Lumba kuda. (tak nampak dalam gambar nih) Aku ingat sebab kalau aku tidur rumah puo2, pagi2 sebelum ke kedai puo2 akan ajak aku makan taufufa kat pasar kecik Lumba Kuda tuh. Bawah jejantas itu adalah landasan KTM. Dan aku rasa dalam gambar nih bangunan KTM lama JB tu masih belum ada kut?? emm.. nanti aku cuba tanya abah aku.. (Johorean tulen tuh..) Kalau siapa2 yang perasan bila lalu di jalan antara KTM dan City Square pasti ada jejantas tu. Dah elok dah.. Dulu struktur tu kau dan besi je..

Aku rindu pasar lama. banyak aktiviti kat sana. Dan ia merupakan salah satu pot aku merayau, mungkin kerana aku amat suka perhatikan gelagat manusia. Seronok tengok orang jual beli. Salah satu yang aku ingat peniaga pasar dulu suka gantung "cash machine" dia orang dengan satu tali.. Lar.. bukan cash machine cam sekarang ni... Dulu pakai baldi kecil di ikat dengat tali. Pas tu ble tarik tolak ke atas ke bawah.. Kira2 pun pakai "sua pua"(suan pan) Culculator dulu2.

Dari Jalan Meldrum aku berjalan kaki berbekalkan beberapa ringgit dalam poket (puo2 aku bagi). Singgah di gerai2 tepi jalan sebelum masuk ke kawasan pasar, aku beli otak2. Harga masa tu kalau tak silap 15 atau 20 sen je. Kalau sekarang ni otak2 semuanya pedas.. dulu masa aku kecik aku tak berapa reti makan pedas.. Mau tak nya dari kecik puo2 dan mak selalunya masak style cina.. plain but nice.. Jadi bila aku beli otak2 masa tu aku suka pilih otak2 "putih". Nama yang aku beri bagi otak2 yang langsung tak ada cili dan warnanya pun putih susu.. Sedap.. tapi sekarang ini macam dah pupus pulak..Tak pernah nampak. Selain otak2 Kempas (Kempas- salah satu kawasan di Johor Bahru) yang terkenal kat JB nih aku tak pernah nampak otak2 putih tu lagi.. Emm I wonder apsal dipanggil otak2 Kempas ye, .. sampai KL aku perasan, asal perkataan otak2 je mesti ada kempas kat belakang. Dan bila tanya tu stok dari Kempas ke? katanya tak.. emm....Sendiri yang buat letak lar nama sendiri kan macam otak2 Pak Bo ker.. Mak Tak ker.. Ini Kempas gak yang dapat nama..

Kadang2 kesian juga tengok anak2 aku yang suka makan otak2 tapi berpeluh2 menahan pedas.. Kalau otak2 putih tu ada lagi mesti jadi kegemaran anak2 aku, kan anak2..?? ;)

Balik pada hal pasar. Dari kecik aku tak pernah rasa jijik masuk pasar.. Lain betul dengan anak2 aku. Kalau masuk pasar kaki mcm tak nak jejak bumi.. selagi boleh dijengket sampai ke hujung2 kaki selagi tu dia jengket...aku dulu redah aje.. tau balik cuci kaki.

Kat pasar ada satu kedai jual ikan hiasan. dan bila aku pergi pasar pasti aku akan singgah untuk "menziarah kawan2" aku tuh.. Tuan kedai macam dah tau aku punya perangai. Suka tengok tapi tak beli. Tak macam sekarang asal tak beli je mata dah pandang semacam muka mencuka.. Tuan kedai dulu siap beri info2 pasal ikan2 yang dia jual..

Kadang2 pulak mak ajak aku ke pasar. Ikut mak ke pasar paling aku tunggu2 sebab mak selalunya akan belanja aku makan ais kacang sebelah kedai ikan hias tu.(time tu lar boleh manja2 hihi ;P) Mungkin orang luar dari JB tak tau yang ais kacang JB sebenarnya tak ada aiskrim. Ais kacang JB selain dari bahan yang asas, ais, sirap merah, susu manis,kacang merah, cincau, jeli hijau dan jagung ais kacang JB ada koko. Serbuk koko di kacau dengan sedikit air dan dipekatkan macam tekstur susu pekat manis, dan dicurahkan akhir sebelum dihidang.. yumm... (aku nih dah la "hantu choco")

Satu lagi mak akan minta "char kue"(you tiau) bakar. Macam tahu bakar juga cuma bezanya yang dihidangkan adalah char kue dan macam tahu bakar, dicurah dengan kuah petis pekat dan di tabur kacang tumbuk. Sehingga sekarang.. kalau aku order ais kacang di JB pasti ada char kue bakar. Macam Mr. n Mrs. Smith.. ;P.....

Kadang kala aku fikir, banyak juga yang hilang dek perubahan zaman.. dalam tak sedar banyak yang dah tak ada... Terutamanya makanan. Bagi aku makanan yang aku makan dulu sedap2 belaka. Mungkin peniaga dulu tak banyak pesaing. Jadi masing2 mempunyai speciality tersendiri. Malah roti bakar pun ada pot paling sedap.. Insya Allah lain kali ada masa aku cerita lagi..

Sekarang ni, aku yang bergelar anak Johor sendiri boleh sesat di tempat aku dibesarkan.. Pembangunan banyak merampas dan cuba memadamkan memory aku pada tempat aku dibesarkan. Kawasan yang dulu dikenali Pasar Lama sekarang dah diganti dengan City Square. Jalan Wong Ah Fook pun dah banyak berubah wajah.. Sungai Segget yang "wangi" pun dah di"plastic surgery" kan.. ada kebaikan juga paling tidak.. orang kata "dah cantik..."

Tapi bagi aku kenapa kerajaan tak simpan khazanah yang ada.. bangunan2 di Jalan Meldrum banyak unsur2 bangunan lama. Dek kerakusan pembangunan segala yang orang lama tinggal kan dah ditutupi dengan "Meldrum Walk" yang akhir nya jadi pot orang mabuk dan pelacuran. Apa beza nya dengan dulu?? dari bazir duit kerajaan juta2 dan akhirnya jadi macam tu, kan baik kekalkan bangunan tuh dan cari sejarahnyua dan promosikan sebagai tempat pelancongan. Alang2 menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang2 nak cantikkan bandar JB biarlah jadi pujian dan kebanggan orang JB. Cantik di luar buruk didalam apa gunanya.

Kalau nak tau dulu masa salah satu bangunan lama diruntuhkan untuk bina bangunan baru, orang banyak jumpa artifek2 lama. Mak ada simpan bekas"opium". Aku rasa pasti dulu kawasan itu terkenal di kalangan pedagang cina.. Mana ahli sejarah kita ye..??

Sayang.. segalanya dah berubah.. nasi dah jadi bubur.. siapalah aku nak ubah akal "pandai" orang. Apa yang pasti tanah yang aku dan kau pijak di Johor Bahru ni banyak artifek2 purba... zaman pedagang dulu.. (dah pas nih jangan lar pulak dok korek2 tanah JB nih.. silap2 nak kemana semua jalan kaki, kereta x lepas, jalan berlubang2)

Emm.. nanti kalau aku ingat aku balik rumah mak dan ambil gambar artifek tu.. Pastu aku upload bagi korang tengok ok.. :)

Alamak cerita makan2 nih perut dah mintak tolong dah nih.... "key-off" dulu ler ye...

Wednesday, January 13, 2010

Dia pergi dah hampir setahun...

Selak2 diary dan note kan hari2 penting dalam tahun 2010. Sehari lepas hari lahir suami aku adalah ulangtahun pemergian puo2.. Bagaikan baru semalam saja berlalu dan kesedihan dalam hati ini belum pun reda. 22 Januari setiap tahun akan datang aku akan kenangkan Puo2.

Rindu bau badan puo2. Dan rasa menyesal kerana tidak simpan baju puo2 waktu aunty Kui Lian menanyakan sama ada aku mahukan baju itu untuk kenangan.
Malam selepas pulang dari KL setelah selesainya majlis persandingan Zalee, aku bermimpi..

Puo2 datang pada aku, cantik.. macam rupa dia masa di Jalan Meldrum. Aku panggil "puo.." dia tak sahut.. tapi dia senyum pada aku.. gerak hati aku kata puo2 gembira sangat. Muka dia pun nampakkan dia gembira. Tanpa berkata dia terus je berlalu pergi.. (Huh puo2 ni pun... kalau ye pun story2 lar dulu.. kan kan..kan..Tak paham2 yang orang rindu kat dia..)


Terjaga dari tidur aku dalam pukul 3 pagi.. Aku terfikir.. apa yang puo2 gembira kan ye??
Lalu hati aku berkata.. puo2 pastinya gembira kerana cucunya yang dia besarkan dulu , yang masakkan bubur beras perang untuknya,dah pun mendirikan rumah tangga. Puo2 gembira sebab mak gembira terima menantu lagi dan puo2 gembira sebab keluarga aku gembira.. Puo2 gembira tengok cucu nye, mamie (Razimee) gembira bersama bandnya, memnyanyi untuk abangnya, bersama2 teman wanitanya.

Puo2 gembira bila tengok cucunya Yeng2 ( Kin Lee ) makin matang dan cantik dan tak lama lagi Insya Allah akan turun jejak langkah Zalee ( Razalee ) mendirikan rumahtangga, puo2 gembira bila tengok anak2 cucu2 dan cicit2 nya berkumpul...
Malah mungkin puo2 dapat lihat cucu2 yang lain yang x sempat datang hari itu dah pun ada haluan hidup, Meici (Lee Meigi) dah hampir tamat belajar selepas harugi pelbagai dugaan hidup, dan ada teman lelaki yang sangat manja dan sayangkan dia, Siong2 (Lee Choon Siong) pula mempunyai kerjaya di Korea.
Ya.. patut pun puo2 gembira...Cuma sayang puo2 gembira hanya dalam mimpi aku.. Mungkin kegembiraan itu hanyalah realiti yang berbunga dalam diri aku. Apa yang pasti andai puo2 masih ada dia pasti.. aku yakin pasti gembira.. hari itu... Puo2 wo hen siang ni...

In Memory... dearest Puo2, Kwok Chye Yek RIP...

Monday, January 11, 2010

Its been a year...


Lamanya tak update blog aku.. busy busy...Baru baru ni atau lebih tepat 18-19 hb december 2009 keluarga aku menerima "ahli baru" Zalee dah pun jadi suami orang. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Sekarang ini dalam keluarga tinggal yang bongsu sahaja yang masih bujang, Mamie. Cepatnya masa berlalu..

Sebagai anak sulung dalam keluarga, hati ini pastinya tersentuh melihat perjalanan majlis pernikahan dan persandingan Zalee dan isterinya Azzyah. Dan pasti itulah jua perasaan mak yang membesarkan anaknya itu. Zalee yang dulunya terkenal dengan cengeng, comel, tembam(mak saudara aku panggil dia pau kerana pipinya yang tembam) kini sah bergelar suami. Aku yakin Zalee akan jadi suami yang baik dan bertanggungjawab.
Aku pasti kerana itulah sikap abah terhadap mak dan kami. (walaupun garang huhuhu)

**Akak doakan adik akak yang dulu hanya mahu pakai baju kegemarannya "McGuy", yang berputing dan berbantal busuk (samapi dah naik hancur pun tak pernah tinggalkan), yang pernah "dive" dalam longkang, yang menangis setiap kali tak nampak muka mak, yang pernah akak buaikan sambil nyanyi lagu2 cina lama (lagu2 puo2 hehe), Moga jodoh Zalee dan isteri baru (eh.. mcm ada isteri lama lak..kihkihkih.. ) Nur Azzyah berkekalan hingga ke akhir hayat, cepat2 dapat anak yang comel kalau boleh ko klon kan zalee yang kecik satu... ble akak "geget" pipi nye. Dan moga kita adik beradik still maintain "giler" macam selalu arr... hehe..